LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, February 12, 2014

Sambal Tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sambal Tumis.

Bahan-bahannya:

15 tangkai cili kering-buang bijinya dan rebus sekejap.
8 biji cili masak.
3 ulas bawang putih.
15 ulas bawang merah.
1 labu bawang besar.
1 inci halia
Sedikit belacan.
Sedikit air asam jawa.
Gula Melaka secukup rasa.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis-(1-3/4 cawan.)
Cara-caranya:


  • Kisar cili kering,cili masak,bawang putih,bawang merah,halia,belacan dan bawang besar sehingga halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga betul-betul masak.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula merah secukup rasa.
  • Masak sambal sehingga pekat.Sejukkan terlebih dahulu sebelum di masukkan kedalam botol dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian nanti.



Sambal tumis seperti ini sangat sesuai untuk dijadikan perencah ikan bakar,sambal ikan bilis,sambal udang,sotong , perencah nasi goreng & bihun goreng.Menyediakan pes sambal tumis ini tidaklah sukar cuma memerlukan kesabaran untuk mengadap kuali panas kerana ianya mengambil masa yang  agak lama.Api hendaklah kecil dan  perlu sentiasa mengacaunya agar sambal tidak hangus.

Jika kita dapati sambal nasi lemak yang di jual dikedai mempunyai warna merah menyala,hmm kena hati hati kerana sambalnya tidak cukup masak.Risiko kita akan mengalami sakit perut & cirit birit selepas memakannya adalah besar....

Apa saja  yang kita lakukan mestilah dengan penuh keikhlasan.Segalanya... semata-mata kerana Allah..semata-mata keranaNya...jika kita berniaga kita bertanggung jawab terhadap  pelanggan kita.Jika kita seorang ibu atau suri rumah ,tanggung jawab kita menyediakan makanan yang halal,selamat,penuh keberkatan untuk ahli keluarga yang kita sayangi.


4 comments:

  1. CM..nekcik pun suka kalau bakar ikan bersambal..bungkus dalam aluminium foil..hu sedap

    ReplyDelete
  2. cm...
    mmg setuju sesangat...segalanya bergantung kepada keikhlasan kita...

    ReplyDelete
  3. tengok samba tumis, air liur pun sudah keluar lor, hehehe..

    ReplyDelete
  4. sambal ni boleh jadikan ibu sambal ke, makcik? teringin nak buat dan simpan dlm peti. nak guna, cedok je guna sudu.

    ReplyDelete