Kuih Angku Labu.
Resipi asal:Mel ,Mui Mui
Bahan-bahannya:
Kulit
200 gm tepung pulut.
2 tbsp minyak jagung.
100 gm labu yang telah di kukus dan di lenyek halus.
1 tbsp gula.
100 ml santan pekat.
Inti.
150 gm kacang hijau tanpa kulit.(ada jual dikedai)
60 gm gula pasir.
4 tbsp minyak jagung.
Daun pisang secukupnya.
Cara-caranya:
Inti.
- Rendam kacang selama 4 jam.Toskan.
- Kukus sehingga empuk.
- Kisar menggunakan food processor sehingga halus.
- Panaskan 4 tbsp minyak dalam kuali nonstick.Masukkan kacang yang dikisar tadi serta gula.Masak dengan api perlahan sehingga dapat dibentukkan bulat bulat lebih kurang 13 gm setiap satu..
Kulit.
- Satukan gula,minyak,labu dan santan pekat dalam bekas yang sesuai.Kacau rata.
- Masukkan tepung dan uli sehingga sebati.
- Bulat-bulatkan anggaran 25gm setiap satu..(acuan angku Cm agak besar)
- Balut inti dengan doh kulitnya.Bulat-bulatkan dengan kemas.
- Masukkan ke dalam acuan kuih angku dan tekankan agar padat dan terhasil coraknya.
- Ketukkan keluar ke atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Aturkan ke dalam pengukus dan kukus selama 3-5 minit dengan api yang kuat.
- Keluarkan kuih angku dari pengukus dan sapukan dengan sedikit minyak.
Terima kasih Mel kerana berkongsi resipi yang sungguh menarik dan inilah resipi yang terbaik setakat ini yang Cm pernah cuba..Bahagian kulitnya sangat senang untuk dibentuk....ngam..ngam tidak lembik dan tidak keras.Insyallah Cm akan guna resipi ini lagi dan lagi dan lagi ...Cm suka rasa kulitnya..intinya.....suka semuanya :)
Cm rasa sangat seronok apabila dapat menyediakan kuih kegemaran suami ini.Dulu-dulu hanya mampu melihat dari jauh walaupun teringin sangat nak makan ..nak beli takut tidak halal.Alhamdulillah masa telah berubah.Resipi hanya di hujung jari.... tiada rahsia lagi.:)
Teringat cerita seorang kenalan kami yang mengusahan rangkaian kedai makanan Cina muslim. Katanya setelah memeluk islam beliau teringin sangat nak makan masakan Cina tapi amat susah untuk dapatkan yang halal sebab itu lah beliau melibatkan diri dalam bidang ini.Bermula dari sebuah kedai dan sekarang ini sudah ada 21 buah semuanya.
salam cm..
ReplyDeletenampak menarik kuih tu..x pernah lagi makan..
Assalamualaikum Kak..
ReplyDeleteKebetulan..saya juga baru semalam buat kuih ni tapi kulitnya dicampur keledek...Dan Untuk inti saya hanya blend kacang kukus ngan minyak+gula macam tu saja...Tapi versi ni dimasak...Macam nak try jugalah masak inti nya....Nak tengok perbezaan rasa ia...Thanks sudi share resipi sini....saya CnP dulu...
Sedapnya nmpk kuih labu ni...cantik warna kuning... angkut resipi dulu lah yer... mekacih cikmanggis
ReplyDeletetimekasi.. copy resipi ni :)
ReplyDeleteTq kak atas resepi... mmg lama dah cari resepi ni. Minat sgt2 kuih ni... nanti nak cuba...
ReplyDelete