LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, January 21, 2014

Spaghetti goreng Dengan Labu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Spagheti Goreng Dengan Labu.

Bahan-bahannya:

1/2 peket spaghetti.-rebus dan toskan.
1/2 cawan isi ayam.
5 ketul sosej ayam berkeju-potong bulat.
5 keping jejari ketam-potong bulat.
1 potong labu yang sederhana saiznya-potong kiub-goreng sehingga masak ketepikan.
3 tangkai cili kering-potong kecil.
1/2 biji lada benggala-potong kiub.
1/2  labu bawang besar-dadu.
4 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp lada hitam.
Garam secukup rasa.
Gula secukup rasa.
Minyak jagung untuk menumis.
Cara-caranya:


  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih,cili kering  dan bawang besar sehingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam,sosej ,jejari ketam ,lada hitam,garam dan gula.Kacau rata.Jika perlu tambahkan sedikit air.Jangan banyak ya.
  • Kemudian masukkan lada benggala dan spagheti.Gaul sehingga sebati.
  • Akhir sekali baru dimasukkan labu dan gaul sehingga sekata.
  • Siap untuk di hidangkan.
Satu menu yang sungguh ringkas jika anda kesuntukan masa untuk menyediakan makan tengahari pada anak-anak yang akan balik dari sekolah sekejap lagi.Insyallah anak-anak pasti suka dengan menu seperti ini.Cepat dimasak dan sedap dimakan :)

4 comments:

  1. Kreatif sungguh cikmanggis ni... boleh dicuba juga ni :)

    ReplyDelete
  2. first time dgr ni sphagetti with labu... hihi... menarik..

    ReplyDelete
  3. Apa khabar CM? ini Nampak light and yummy!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    ReplyDelete