LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 17, 2013

Jering Masak Kicap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jering Masak Kicap.
Resipi asal : Neng.

Bahan-bahannya:

15 biji jering tua.
2 tbsp serbuk kopi.

Bumbunya:

5 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1/2 tsp serbuk kunyit.
1/2 tsp lada sulah.
1 batang serai -ketuk.
1/2 tsp ketumbar biji.
2 biji buah keras.
2 helai daun salam.
2 tbsp kicap manis.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
Cara-caranya:


  • Jering di kopek kulitnya.Rebus bersama 2 tbsp serbuk kopi selama 1 jam sehingga empuk.
  • Bilas dengan air paip.Belah dua dan ketuk dengan menggunakan lesung sehingga jering retak tapi tak pecah atau hancur ya.Ketepikan.
  • Kisar bawang merah,ketumbar dan buah keras sehingga halus.Gaulkan bersama serbuk lada sulah dan serbuk kunyit sehingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumis sehingga naik baunya.Kemudian masukkan daun salam dan serai.Gaul sehingga sekata.
  • Kemudian masukkan kicap manis,garam dan sedikit gula dan kacau sehingga mesra.
  • Akhir sekali masukkan jering ,Jika nampak kuanya terlalu  kering bolehlah masukkan sedikit air dan masak sehingga bumbunya meresap kedalam jering .Sedap jika kuahnya pekat.
Ketika Si Neng cakap betapa sedapnya jering masak kicap ,Cm gelak je sebab orang kampung Cm hanya buat ulam dan   rebus dimakan bersama kelapa dan gula.Tak pernah pulak dimasak kicap...Semasa ke pasar tadi Cm beli jering dan suruh Si Neng ni masak kicap....Cuba kamu masak Neng saya nak rasa hehe....Cm tanya kenapa mesti direbus dengan serbuk kopi?.....Kata budak Neng ni ,untuk menghilangkan bau jering...eh ya betul...ternyata petua si Neng ni berjaya.Langsung tiada bau jering...Kagum sekejap hehe...dan Cm suka dengan masakan ini :)...satu masakan yang unik dan esotik.



3 comments:

  1. nasib baik tak makan jering kak..kalau idak dah buat dah

    ReplyDelete
  2. salam..

    wah, nampak sedap la..lama x makan jering ni..

    ReplyDelete
  3. tak pernah terlintas nak masak jering kicap..boleh cuba ni..

    ReplyDelete