LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, November 27, 2013

Labu Masak Bening .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah Cm dah siap makan tengahari dengan sayur labu masak bening, ikan goreng dan Sambal Udang Kering.Jika ikut rasa binasa...jika ikut selera parah hehe.makan bertambah-tambah nasib baik cepat sedar diri :)... stop sebelum kenyang......Cm memang suka masakan kampung seperti ini jika ikutkan hati hai.......
Bahan-bahannya:

1/2 biji labu yang bersaiz kecil...kupas kulit dan dipotong dadu.
Sedikit Ikan bilis.
4 ulas bawang merah-mayang.
1/3 tsp serbuk lada hitam.
1 / 2 biji cili masak-potong kecil
1 tangkai daun selasih.-ambil daunnya sahaja.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk.Tuangkan air secukupnya.Agak-agak  sama paras dengan labu.Masak sehingga labu empuk.Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas,ikan goreng dan sambal belacan atau sambal udang kering...

Selamat menjamu selera ya ....


5 comments:

  1. Sedapnya labu... lama tak makan CM... selalunya akak buat pengat dan kuih koci jer labu ni... elokan makanan sunnah :)

    ReplyDelete
  2. Saya ni ur silent reader rasa 1st time komen..selalu labu ni su suka msk lemak, tapi betik 1/2 msk pun sedap msk bening ni tmbh daun selasih+ daun kunyit then makan dengan sambal belacan and ikan kering wahla...

    Suhaila

    ReplyDelete
  3. Anak2 suka masak lemak labu bertambah sedap kalau ada sambal udang atau ikan bilis.

    ReplyDelete
  4. nekcik kalau labu masak lemak..tak pandang ayam atau kambing..masak bening ni selalunya peberet Tokpokcu..so kalau masak labu kena dua resipi!!

    ReplyDelete