LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 25, 2013

Tempe Goreng Kering....Kotak Doremon Cm Hilang....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam Cm masak Sambal Tempe Kering untuk di simpan di dalam balang.Jika nak makan boleh "korek" je balang tu.Sejak ada pengasuh Aqeel ni macam-macam masakan Indon yang Cm belajar.Tempe Bakcem,sayur asin,kerepek ubi dan lain -lain lagi.Kagum dengan orang Indon ni sebab mereka tidak suka membazir.misalnya nasi yang lebih dijemur dan di jadikan keropok.

Sebelum ke resipi Sambal Tempe Kering ni Cm nak share sikit perasaan apabila barang yang sungguh "nostalgia"atau sentimental atau yang kita sayangi hilang.

Selain daripada memasak Cm suka dan minat menjahit dan pernah mengambil kelas jahitan dengan seorang Tukang jahit Cina di batu 4 1/2 jalan Gombak sekitar 2003. Sebelum itu Cm hanya menjahit pakaian yang simple-simple je.Baju anak-anak ketika itu Cm tak pernah upah.Semuanya Cm jahit sendiri termasuklah baju melayu suami.Seronok sangat apabila melihat hasil jahitan yang dah siap dan di peraga oleh anak-anak.

Nampak anak-anak sungguh comel dan bertambah cantik apabila memakai baju yang Cm jahit hehe.Perasaan anak-anak pulak...cuba lah tanya dorang sekarang ya bagaimana rasanya pakai baju yg dijahit oleh 'pelajar" kelas jahitan hehe...
 Gambar Ihsan dari google


Semua kelengkapan jahitan Cm simpan dalam sebuah kotak "tool box".Semuanya ada........namakan saja...sama seperti poket Doremon.Barang-barang tu Cm kumpul sejak awal perkahwinan lagi.Kira-kira 33 tahun lamanya.Macam-macam ada....Mommy Aqeel pinjam kotak tu dari Cm..walaupun agak keberatan nak bagi tapi kasi  jugak lah dengan perasaan  hati yang berat.....

Tak sedap hati Cm tu ...seolah olah satu petanda... kotak tu tertinggal di foyer semasa anak Cm menurunkan barang-barang dari keretanya. Apabila maidnya turun semula  ke bawah,  kotak tu dah lesap.....Siapalah agaknya orang yang mengambilnya tu......Perasaan...perasaannya sedih teramat-amat...rasa cam nak menangis...memang menangis pun....

Tetapi selepas bertenang ..tarik nafas....hembus...tarik nafas....hembus...Alhamdulillah syukurlah benda kecik je yang hilang.Jika kotak tu masih rezeki Cm.....Cm berdoa agar dilembutkan hati sesiapa yang mengambilnya.... agar kembalikan kotak tu...Jika tak ...tak apalah,bukan rezeki Cm lagi.

Alhamdulillah ...bukan orang-orang yang Cm sayangi yang hilang ....


Bahan-bahannya:

3 bungkusan besar tempe.
300 gm ikan bilis.
10 biji cili api.
15 ulas bawag merah.
6 ulas bawang putih.
Sedikit kicap manis.
Sedikit gula.
Sedikit sos tiram.
Minyak masak secukupnya.

Cara-caranya:


  • Tempe di potong nipis dan di goreng garing.
  • Bawang merah,cili api dan bawang putih di mayang halus.
  • Ikan bilis di goreng garing.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di mayang hingga wangi.
  • Masukkan gula,sos tiram dan kicap.Kacau rata.
  • Masukkan tempe dan ikan bilis.Gaul sehingga sebati.
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan didalam bekas yang kedap udara.


4 comments:

  1. Salam kak CM,
    Kesiannya kak.. benda yang nostalgia susah nak lepaskan kan? Moga terjumpalah nanti, kalau masih rezeki, Amin.
    Lama dah tak beli tempe, nampak sedap. :)

    ReplyDelete
  2. Tempe garing dan pedes cabe.. waduh-waduh.. enakkkk!

    ReplyDelete
  3. ni favourite saya..suka sangat makan..

    ReplyDelete
  4. pagi td cari tempe balut daun pisang tak jumpa hu hu

    ReplyDelete