Alhamdulillah seorang kawan baik Cm Datin El telah berkongsi satu resipi yang cukup mudah tetapi rasanya inilah yang terbaik setakat ini.Datin El dapat resipi ni dari besan beliau yang tinggal di langkawi.Kira resipi ori la ni :) Jom kita tengok bahan-bahannya....oh ya jangan terkejut pulak..resipi ni tak letak belacan ya ...
Bahan-bahannya:
1 1/2 kg ikan kembung.
15 ulas bawang merah.
7 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah cilinya.
2 keping asam gelugur.
Garam secukup rasa.
Sedikit garam.
Ajinomoto-Cm tak letak.
3 tangkain daun kesom.
1 kuntum bunga kantan.
Ulam / sayur
Bawang besar-mayang.
Daun selom-hiris halus.
Daun kesom-hiris.
Timun-racik halus.
Limau kasturi.
Bunga kantan.
Cili api.
Nenas-hiris halus.
Daun pudina-hiris
Telur rebus-secukupnya.
Cara-caranya:
- Ikan dikukus dan diambi isinya dan di kisar halus..
- Tulang ikan dikisar dengan sedikit air dan ditapis.Ambil airnya.
- Cili kering direbus dan di asingkan bijinya.
- Kisar bawang merah dan cili kering.
- Masukkan air secukupnya untuk kuahnya ,jangan terlalu banyak.
- Masukkan bahan-bahan kisar,air tulang ikan tadi dan masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan isi ikan yang telah di kisar ,asam keping,daun kesom,bunga kantan ,garam serta sedikit gula.
- Masak kuah sehingga mendidih dan seimbangkan rasa masin,masam dan manis kuahnya mengikut selera masing-masing.
BASIKAL
Cm selalu cerita tentang hobi kami suami isteri yang suka berbasikal setiap hujung minggu.Pagi tadi yang paling seronoknya semasa kami leka berbasikal kami bertembung dengan rombongan kayuhan ceria yang di adakan sebulan sekali di Putrajaya.Suka melihat kanak-kanak ,orang dewasa dan orang tua yang mengambil bahagian.Mereka sungguh bersemangat sekali .Putrajaya menyediakan banyak taman-taman yang mesra Basikal .Sungguh cantik berserta dengan kemudahan asas seperti tandas awam dan tempat berehat secukupnya.Sesiapa yang tinggal di Putrajaya atau yang berhampirannya ,jangan lepaskan peluang yang ada...
Kasuhan peserta Powerman pagi tadi.pantas sampai tak sempat nak ambil fotonya.
Pasukan kayuhan Ceria.
Kayuhan Ceria.
Depan Hotel Pullman waktu matahari hampir terbenam.
Assalamualaikum CM...sedap plk tengok laksa CM tu...
ReplyDeleteMak sy msak laksa style gini la CM....
ReplyDeleteSyoknya ptng2 kayuh basikal....:-)
sdap plak tengok laksa tu..kena buat la hujung minggu ni...=)
ReplyDelete