LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, October 3, 2013

Ayam Goreng Kalasan Berseri / Tepung Oh Tepung...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Kita dikejutkan dengan berita kematian 4 orang di Kedah akibat keracunan makanan di majlis kenduri kahwin.Ayam masak merah puncanya.Berita ini sungguh menakutkan Cm.Menyediakan makanan untuk 2000 tetamu bukan jumlah yang sedikit dan bukan kerja yang mudah.Tak tahu berapa ratus ekor ayam yang perlu di sediakan.Apabila memasak dalam jumlah yang begitu besar maka aspek kebersihan perlu di titik beratkan (Bila masak sedikit pun kebersihan di utamakan juga  tetapi lebih senang di uruskan ).Tak tahu lah bagaimana silapnya sehingga berlaku perkara yang tidak siapa pun yang inginkan itu :(

Semasa anak menantu dan cucu balik bercuti minggu lepas Cm beli dua ekor ayam kampung untuk  dimasak Ayam Goreng Kalasan Berseri .Alhamdulillah ayam kampung sangat sesuai dimasak begini kerana ayam perlu direbus  terlebih dahulu dengan bumbunya  sebelum di goreng.Ayam kampung isinya agak pejal dan jika direbus ianya tak cepat hancur..


Resipinya ada di  Ayam Goreng Kalasan Berseri.Insyallah anak anak anda pasti menyukai ayam yang dimasak dengan cara ini.Serdak dari bumbu  dan kelapa parut tu sedap dimakan ketika masih panas.Gaulkan dengan nasi panas memang "menyangkut" sekali  :)

Tepung Gandum.

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2009/03/26/The-Little-Known-Secrets-about-Bleached-Flour.aspx

Jika ada masa silalah baca tulisan berkaitan dengan tepung gandum ini.Memang menakutkan.Mesti cari jalan atau pilih tepung gandum yang lebih sihat contohnya  tepung  gandum organik.Cm menggunakan tepung yang agak banyak setiap bulan kerana masak roti sendiri dirumah.




4 comments:

  1. lama tak buat kalasan ni...makan dgn nasi lemak mmg best

    ReplyDelete
  2. terliur tgk serdak dia tu.. tun pernah ajar pasal bleaching kt uni, biasa la, ade je subjek yg tak pandai tiba2 xde org nk ajar, tpaksa la org bawahan ni ajar. mmg kuat chemical dia, tp nk wat camner kan, x byk pilihan, beli je apa yg ada.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih CM...makcik simpan resepi ye

    ReplyDelete
  4. Assalam CM, amboiii dah berapa kali buat ayam kalasan ni yea...terima kasih sudi masak lagi dan lagi...alhamdulillah suka dgr ianya digemari oleh keluarga CM... ^__^. Terus rasa nak buat jugak la CM...nnt cari masa, dah lama Ummi pun x buat...hehe

    ReplyDelete