LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, June 16, 2013

Bingka Roti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Jika ada lebihan roti dalam peti sejuk jangan di buang ya.Jangan membazir.Roti keras tu boleh di buat cucur,breads crumbs dan bingka .Kena rajinkan diri sikit je ..sikit bukan banyak ya hehe kerana nak buat bingka roti sungguh mudah.

Berpandukan resipi Myresipi ini Cm ubah suai sikit dengan apa yang ada di dalam peti sejuk Cm yang padat dan sarat ni....pagi tadi ada orang dah komplen katanya banyak benar benda nak expired dalam peti sejuk ni.Setelah di periksa ada roti gardenia putih,whole meal dan 3 biji roti burger yang dah kejung...ada buah ceri dan kismis.


Bahan-bahannya:

4 keping roti putih.
3 keping roti wholemeal.
3 biji roti burger.
2 biji telur grade double A
3/4 cawan brown sugar.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
200 ml santan kotak.
2 1/2  hingga 3 cawan air panas.(adjust mengikut kesesuaian ya jika perlu boleh tambah lagi air)
Sedikit buah ceri
Sedikit kismis.
Sedikit minyak masak untuk di sapu pada loyang.

Cara-caranya:


  • Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil di tekan-tekan dengan sudu agar air meresap sekata,
  • Biarkan sekejap sehingga roti lembut baru di ramas sehingga hancur.masukkan santan.
  • Kemudian masukkan telur,tepung gandum,essen vanilla,gula dan garam.Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur dengan potonga buah ceri dan kismis.
  • Bakar sehingga masak.
  • Tunggu sehingga sejuk baru di potong..Enjoy :)

Selamat mencuba :)..Jika sedap beritahu kawan dan Jika tak sedap beritahu Cm ya Pinjam kata-kata kakwan Citarasa wan.Jangan marah ya Kak wan :)

10 comments:

  1. Minta izin copy resepi.. dulu ada resepi bingka roti sedap buat.. tapi hilang dah.. jadi nak cuba resepi ni pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan CikMid.Tambahkan sedikit air untuk rendam roti tu ya agar bingka lebih lembut.Jika suka manis tambahkan gula sebab Cm buat ni tak berapa manis.Sedang sedang ja.

      Delete
  2. CM elok sgt la tu. Sue pun ada roti lebih tu. Mmg kebetulan nak buat puding roti jg. :). Boleh la try resepi yg ni pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan membazir roti tu Sue.Elok guna untuk buat bingka jika dah keras dalam peti sejuk tu.

      Delete
  3. Ahohoho byknya roti CM... nmpk sedap tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti yang "tertunggak" dalam peti sejuk hehe

      Delete
  4. nyum nyum...terliur dibuatnye...nak kene cuba nih....

    ReplyDelete
  5. hamboi2 dalam dia dengan bingka ye..tak hantar pun zila sikit kak..nak jugak...

    ReplyDelete