LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, December 16, 2012

Kebun Mini Ku

Pokok Kaduk,rosemary dan halia merah.
Rosemary dan Thymes dari Sungai Buloh.

Selalunya apabila Cm tanam timun dan kailan ,ulat dan belalang akan datang makan daunya tetapi apabila ditanam di celah-celah pokok herba ini ..Alhamduliiah..terselamat.Thank you Tanam Sendiri.



Thymes.

Holly basil pokok yang bertahan sungguh lama.


Keledek dalam bekas pollystrene.Cm suka daunnya.terima kasih Diana.Cm guna cara Diana :)

Pokok kesom ni apabila sudah tinggi dan tua ..Cm tumbangkan  pokoknya hingga terkena tanah dan tutup batangnya dengan tanah dan ianya kembali subur.

Sengkuang.Benih Cm perolehi dari Diana.Terima kasih :)


daun Basil ni baunya seakan akan serai.Tak pasti namanya.Adakan Lemon Basil?

Terung.
Kangkong.

25 comments:

  1. salam Cm
    best kan ada pokok macam2 kat umah, akak pun mmg suka sangat dgn tanaman gini dan kat umah pun mmg banyak haha jugak ala2 mini je semua nya dalam pasu tanam senang nak ubah2 haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Tak banyak ruang jadi semuanya di tanam di dalam pasu.Tak apa kecik kecik kebun kita ..kecik cili api...hehe

      Delete
  2. Agaknya ulat & belalang tak minat bau herba kot... jadi terselamatlah pokok timun tu dari jadi mangsanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok herba tu jadi pelindung sb ulat atau musuh musuh tanaman tak suka bau pokok pokok herba tu :)

      Delete
  3. Menariknya tnaman tu semua....geram sy...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita pakat tanam keperluan dapur kat laman rumah masing masing.Selain menghijaukan keliling dapat juga makan sayuran bebas racun.

      Delete
  4. salam puan cm, hmm hijau hijau dan gemok gemok...eei geram tengok hu hu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslam..ada juga yang hidup segan mati tak mahu..pokok pokok orked Cm hampir kering kerana kurang penjagaan.

      Delete
  5. Oh daun kaduk rupanya, dekat sini tumbuh merata sampai takut tersalah cabut. Daun kaduk masak apa sedap CM? Tanya mak lupa namanya juga. Lemon basil bila pegang daunnya berbau lemon. Wah macam-macam tanaman ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Diana ni daun kaduk.Jika kat kg mmg tak termakan tetapi di kl ni kena beli jika tak tanam.

      Selalunya daun kaduk ni Cm masak botok botok ikan,nasi ulam dan ada orang suka makan begitu saja buat ulam.Ada juga satu jenis masakan Thai.Dorang bungkus dgn daun kaduk ni.

      Ooo lemon basil agaknya.Adakala bau serai dan ada waktu tu bila dicium bau lemon.Kena banyak belajar dari Diana ttg pertanian ni terutama nama nama pokok herba ni.

      Delete
    2. Mama Diana kata masa saya kecil suka makan daun kaduk ni tapi empunya badan sendiri dah tak ingat sebab asyik duduk negara orang sahaja.

      Delete
    3. haha dah lupa ya :)p sebab lama sangat merantau.Sekarang dah balik Malaysia dan kebun sg Buloh banyak daun kaduk...Jom kita masak botok botok ikan tenggiri.Nanti makcik letak resipinya ya :)

      Delete
  6. kagum dengan semangat bercucuk tanam ni.. thanks dear give me an idea to do the same like you

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Cm ni asal dari kg jadi kat mana pergi mesti nak pegang cangkul :)

      Delete
  7. wahhh...sedap mata memandang! senang tangan nak capai... syiokknyaaa... tapi CM, nak tanya mana nak beli benih thymes, rosemary & basil tu?? sy nak... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya Cm dan suami akan ke Sungai Buloh.Depan Hospital Sungai Buloh mmg banyak orang jual tanaman herba dan segala macam pokok pokok bunga.

      Delete
    2. oh, Sungai Buloh...paham2 la jauh kat utara nihh mana nak cari...

      nak pun kena p Giant Alor Setar, tu pun yg siap pack laaa...hmmm, kena kirim nihhh... :D

      Delete
    3. ok, rupanya bleh semai melalui keratan batang dia... sy jumpa blog ni http://www.tanamsendiri.com/ bleh buat rujukan... thanks CM! :D

      Delete
    4. oooo jauh nya:)memang boleh semai dengan keratan batang.Semalam Cm semai pokok Rosemary.Harap harap akan tumbuh subur.

      Delete
  8. seronoknye kak CM..... kempunan nak berkebun mcm akak.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menanam ni sungguh seronok Madiha.Selalu impikan nak duduk kat kg hehe

      Tak pe jika tak ada kawasan,jika dapat tanam daun pandan dalam pasu pun dah ok :)

      Delete
  9. Wah besarnya holy basil. Saya pun tak sangka pokok tu boleh jadi besar. Yang saya tanam dah separas kepala. Kemangi pula dah separas pinggang.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum CM..saya suka herba2.. mcmn nak dapat benih2 mcm basil,italian, pasley n sebagainye..
    Saya suka bercucuk tanam ni... sejuk mata..

    ReplyDelete