LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, October 7, 2012

Fluffy Pancake


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pancake ni Cm buat semalam.Alhamdulillah sedap.Anak -anak   makan dengan jem strawberry  dan Cm makan dengan lebihan blueberry filling semalam ( yang Cm buat untuk disiram atas cheese cake) .Lembut hingga ke petang.

Terima kasih Nor secubit garam:) kerana sentiasa berkongsi resipi yang sungguh menarik.Insyallah resipi Nor ni tidak pernah menghampakan...Terima kasih dan minta maaf lah Nor sebab Cm ubah suai sikit resipi mengikut bahan-bahan yang ada kat dapur ni:)

Bahan-bahannya:

3/4 cawan susu segar.
2 tbsp jus lemon.
1 cawan tepung naik sendiri.
Sedikit soda bikarbonat.
1 biji telur.
1/2 tsp garam.
2 tbsp gula pasir.
2 tbsp melted butter.

Cooking spray-optional.


Cara-caranya:


  • Satukan susu dan jus lemon dalam bekas yang sesuai.Biarkan selama 5 minit .
  • Masukkan tepung,garam,gula dan soda bikarbonat kedalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan telur dan butter ke dalam susu dan whisk hingga sebati.
  • Tuangkan kedalam mangkuk tepung dan whisk hingga sebati.Cm tapis adunan agar tidak berketul-ketul dan memperolehi smooth batter.
  • Panaskan kuali nonstick dan spray kan dengan cooking spray.Tuangkan 1/4 cawan adunan kedalam kuali.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga ada lubang  buih-buih  kecil di permukaannya.Balikkan dan masak hingga warna perang keemasan.


6 comments:

  1. Asslmkum kak.
    Ni la ha n3 yg sue dah nampak kat list dashbord tp klik x kuar. Heheheee. Ptg baru muncul rupanya. Sedap pancake. Tp tu lah, kat rmh ni klu bwt sue ja yg laju mkn. Hb kurang skit. Dia tu tekak melayu sangat. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kejadian atas kuali tu.... berlubang2 kembang sempurna!

    ReplyDelete
  3. Your dishes look superb. I think I may be adding this to my Christmas wish list. Do you think Santa will be nice to me?

    ReplyDelete
  4. atie tak lulus lagi buat pancake ni.. penah buat sekali, tapi berminyak sangat... ade petua x kak? hehe..

    btw, akak di tag kat cni http://mutiaralife.blogspot.com/2012/10/impian-mampu-abg-stalker.html

    ReplyDelete
  5. Howdy CM! My kids & I really enjoy having this kind of pancake with syrup & butter. IT is simply irresistible.lol. Btw, your cheesecake looks as mouthwatering. Wish I can have some too. slurppp... I'm sure your boy will be so please to have all this delicious home cooked food.
    Have a lovely week ahead.
    Kristy

    ReplyDelete
  6. pancake gulung ya.. hehe.. lama tak buat :)

    ReplyDelete