LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, October 6, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Salam di hujung minggu buat semua.Tentu macam-macam program telah diatur untuk bersama-sama keluarga tercinta.Minggu ni Maryam dan Mommy serta daddynya   ada bersama-sama kami...jadi agak sibuk sikit dengan acara  masak memasak.Makan tengahari Cm masak nasi tomato,sambal udang dan kari ayam serta acar .Petang pulak Cm masak Blueberry Cheese Cake.

Alhamdulillah ,anak-anak kata sedap kek ni....ada yang bagi pandangan supaya masukkan  lebih Jus lemon agar lebih masam rasanya.Insyallah lain kali boleh try.



Sumber:Izah Muffin Lover.
             AnnaQawina
             Alma myresipi.

Bahan-bahannya:

Loyang bulat 9 inci-alas dengan baking paper.

A

250 gm cream cheese.
100 ml susu segar.
60 gm butter.
6 biji kuning telur.
1/4 tsp garam.
1 tbsp jus lemon.
60 gm tepung gandum.-ayak sebanyak 3 kali.
20 gm tepung jagung.-ayak bersama tepung sebanyak 3 kali.

B

140 gm gula halus.
3/4 tbsp jus lemon.
6 biji putih telur-Cm guna telur grade A.

C
Topping.

130 gm blueberry filling.
1 tsp gelatin.
30 ml air .



Cara-caranya:

I


  • Satukan cream cheese,butter dan susu  segar dalam bekas yang sesuai.Cairkan dengan kaedah double boil hingga semuanya larut.Sejukkan sebelum digunakan.
  • Dalam mangkuk yang berasingan kacau  kuning telur hingga rata.Masukkan tepung gandum& tepung jagung,garam dan jus lemon .Kacau hingga sebati .Masukkan adunan cheese dan pukul perlahan-lahan hingga sekata.Ketepikan.
II

  • Pukul putih telur sehingga berbuih.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit serta jus lemon dan pukul hingga kental dan bertanduk.

III


  • Campurkan adunan A kedalam adunan B.Kacau hingga sekata.
  • Sediakan loyang bulat 9 inci yang dialas dengan baking paper dan disapu dengan sedikit butter di bahagian bawahnya.Bahagian keliling loyang tak perlu di gris.
  • Tuangkan adunan kek kedalam loyang dan bakar selama 1 jam.
  • Guna kaedah waterbath dengan kepanasan suhu oven 160 darjah C.
  • Apabila kek masak padamkan suis oven dan renggangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk untuk mengelakkan kek mendap.
  • Apabila sejuk hiaskan kek dengan Topping blueberry  dan simpan dalam peti sejuk sekejap kerana kek ni sedap dimakan apabila sejuk.
Blueberry Topping.Resipi Along Roz.

Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sekejap.Kemudian campurkan dengan blueberry filling dan kacau rata.Tuangkan keatas kek.




40 comments:

  1. Asslmkum CM.
    Sedappp tu. Pernah bwt sekali ja dl. Tp kali ni klu bwt nak letak topping blueberry or stoberry jg. Sbb hr tu sue letak coklat. Tak berapa ngam sgt la. :D

    ReplyDelete
  2. Wslm sue..kita trial and error..jika tak ngam boleh partner dgn topping lain.Kali ni rasanya ok cuma anak-anak kata jika masam sikit kek tu lg sedap.

    ReplyDelete
  3. yummyyyy... mcm sedap je... teringin gak nak try nih.. tp part nk asingkn putih telo n kuning telo ade lemah ckit.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah sedap.Lembut je:)Try la Cik atie:)dan terima ksih sb sudi singgah ke dapur Cm ni.

      Delete
  4. salam CM harap sihat hemmm terliuq negok C S J C akk tu..menarik...sdp lelehan toppingnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sheila:)topping tu yang menambah rasa:)

      Delete
  5. Sedapnya cheese cake ni.. Laparnya perut... tak tahan melihat lelehan blueberry tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah ke dapur makcik manggis :)

      Delete
  6. Slmt berhujung minggu CM. nampak lembut dan gebus cheese cake Cm ni....dg topping meleleh itu....yummmy sekali!

    ReplyDelete
  7. salam cik manggis cayang..
    pagi ni akak jenjlan jauh ni sbb nak makan cheese kek yg enak sangat ni ada lagi tak hee,mmg tak puas kalau makan cheese kek ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Noor:)jemput masuk dapur Cm..ada sekeping lagi ni hehe.Terima kasih Noor

      Delete
  8. Waahh meleleh tu sedap, btul kek ni klu masam lemon tu lagi sedap xboring rasa chese dia kan. Tpi klu mkn sejuk dari peti es mmggg sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang sejuk lagi sedap.Terima kasih Izzah..resipi yang best sekali:)

      Delete
  9. Huhu.. kat sini pun ada tayang cheesecake ni ye... i tak rela digoda goda youuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe :)ni gara-gara terliur snow cheese cake kat dapur mama ari tu..nak buat tak cukup bahan jadi Cm ganti dengan kek ini:)

      Delete
  10. tadi tengok kat dapur izzah. Datang sini ada lagi.. Adeiiii... menjejes-jejes aio lio ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lap kak pah..lap air liur tu..nah tisu hikhik.

      Delete
  11. assalamualaikum cik manggis..sedapnya kek tu..memang terliur habis melihatnya..huh..btw, saya follow sini juga ye,no:986

    ReplyDelete
  12. waduh..dap..daap..daaaapnyer cm!!

    ReplyDelete
  13. selamat petang kak, your cake is fantastic..lena pun sudah lama tak makan cheesecake, love itu blueberry filling juga. with your cucu around, sure you sangat busy dekat rumah. Have a nice time with your family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang Lena..today dah back to normal..anak anak semua dah balik :)rindu pulak kat cucu tu.

      Delete
  14. amazing looking japanese cake!

    looks sooo delish!

    ReplyDelete
  15. nampak gebu dan sedap keknya! teringin nak buat juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah Ummu..tak susah.Sebelum buat ingatkan leceh tapi sebaliknya.

      Delete
  16. Salam CM.. wah meriah bila berkumpul anak cucu neh... tang kek tu gebusnyer.. dan diperkaya ngan blueberry filling nyer.. memang terliur melihatnyer.. kalau dekat dah lama erma hulur pinggan kosong h ehe he

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..memang hiruk pikuk jadinya jika semua berkumpul..nenek tak menang tangan dibuatnya.

      Delete
  17. tudiaaaaaaaaa.. meleleh tengok japanese cheese cake ni.. sedapnya.. kalau camni, cikmanggis kena dtg antor skit 1 slice kasi mak buyong ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak jas mak buyung ke?tahniah tahniah..nanti lain kali Cm hantar.Take care!

      Delete
  18. Salam makcik manis!!! walhhhh walahhhhhh kesukaaan kita ni cisssss+blueberry!!! sabo2!! kena ikut turn nak buat nii :D sapa nk makan ya? ninja kita dia tak minat yg bake2 dia suke yg nonbake kalau cis cis ginii iskh iskh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm anak manis!jika tak de tukang makan makcik jarang buat kek cam ni sb makcik tak beranai nak makan selalu..pstt dagu dah berlipat ni hehe.

      Delete