LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, August 6, 2012

Sambal Petai & Balik Kampung.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cm minta maaf banyak-banyak sebab akhir-akhir ini   tiada resipi yang menarik untuk dikongsi bersama.Kesibukan yang tidak dapat dielakkan.Tidak dapat nak berjalan-jalan ke dapur kawan-kawan.Insyallah jika ada masa terluang pastinya Cm akan menziarahi dapur kawan-kawan yang Cm kasihi.:)
Sambal Petai.


Gambar di ambil dalam keadaan tergesa-gesa,comot sana sini.Dalam kepala ni macam-macam berfikir..berputar-putar...Cucunda Cm Aqeel telah dimasukkan semula ke hospital.Kesian baby Aqeel...tolong doakan untuk Aqeel ya.Hasbunallah.......pada Mu kami berserah dan bertawakkal.

Semoga baby Aqeel kembali sihat.Ujian dan dugaan yang kami hadapi membuatkan kami lebih dekat denganNya.Terasa Dia lebih hampir agar  kami dapat  berbisik mohon pertolongan dan kekuatan.Pada siapa lagi untuk kami berserah kecuali kepada yang Maha Esa.......

Setiap kali balik kampung kami akan singgah di pasar pagi Bentong.Seronok kerana semua sayur sayur kampung ada di jual disana.Petai menjadi pilihan Cm.


Asam keping.cili api,petai...

Meriah dan kebanyakan peniaganya adalah warga emas.

Sotong Kering.

Ayam Kampung.

Ikan haruan.

Halia Bukit Tinggi yang terbaik di Malaysia.

Thanks to our CoPilot:)

5 comments:

  1. Aslmkm CM. Best nya balik kpg.... Along pun tak sabar ni nak balik kpg beraya....

    ReplyDelete
  2. ya Allah ya tuhanku, sihatkanlah aqeel...insyaallah nak membesar kena berjihad anakku...moga doa semua dimakbulkanNya...Insyaallah

    ReplyDelete
  3. semoga Aqeel cepat sembu... seronok tgk pasar tu byk jual hasil hutan dan kampung... ;)

    ReplyDelete
  4. Salam cm...saya doakan semoga Aqeel cepat sembuh.

    Suka juga petai.

    ReplyDelete
  5. Wish Aqeel has a speedy recovery...Saya suka sangat petai juga..

    ReplyDelete