LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 25, 2012

Sambal Ikan Kembung Cili Padi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berpuasa buat kawan-kawan yang berpuasa sunat hari ini.Dugaan agak besar jika berpuasa dalam cuaca yang panas terik begini.Kuatkan semangat hanya tinggal beberapa jam lagi untuk berbuka.Insyallah....Nikmat bagi orang yang berpuasa adalah apabila tiba waktu berbuka.....

Satu lagi menu yang sungguh simple dari dapur Cm tetapi jangan pandang sebelah mata ya...simple tapi siapa yang pernah rasa sambal ikan Cili Padi ni tentu tahu penangannya hehe.terima kasih pada kawan Cm Kak Yah.Dia ni orang Minang.Jika makan masakannya pasti terangkat:)

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan kembung.
1/2 cawan cili api.
2 labu bawang besar,
2 ulas bawang putih.
1 keping asam gelugur.
Sedikit belacan.
Garam secukup rasa.
Gula merah secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng.
Sedikit serbuk kunyit.

Cara-caranya:


  1. Ikan kembung disiang dan di bersihkan.Kelar rapat-rapat dan diperap dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Bawang besar,bawang putih,belacan  dan cili api di kisar kering.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.Ketepikan,.
  4. Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  5. Masukkan gula garam dan asam keping.kacau hingga rata.Masak hingga sambal agak garing.
  6. Masukkan ikan dan gaul perlahan-lahan agar sambal lekat sekata pada badan ikan,
  7. Siap untuk dimakan dengan nasi putih.





4 comments:

  1. Mmmmm....sedap....sedap. Sungguh bagus dengan nasi lemak....yuuummm. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  2. Mmmm...sedap...sedap...juga sini ingat....boleh tambah nasi 2 pinggan.

    ReplyDelete
  3. Mmmmmmmmm mmg best klo masak utk suami mkan

    ReplyDelete
  4. Mmmmmmmmm mmg best klo masak utk suami mkan

    ReplyDelete