LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, June 18, 2012

Bingka Ubi Kayu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Semalam kami gali ubi kayu yang kami tanam ,pokoknya hanya sebatang kara..tetapi saiz ubinya boleh tahan juga besarnya.Alhamdulillah.Cm suka makan ubi rebus dengan kelapa  tetapi anak-anak tak suka.Jadi petang tadi Cm parut ubi kayu tu dan bikin Bingka.



Bahan-bahannya:

4 cawan ubi kayu parut.
1 cawan gula.
2 cawan santan pekat.
2 biji telur.
100 gm butter.
Sedikit pewarna kuning.



Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.bakar hingga masak dan garing dibahagian atasnya.Biarkan kuih sejuk baru di potong.




4 comments:

  1. fuhh sedaapnyer cikmanggis..i loikke!!

    ReplyDelete
  2. salam kak manggis..begitulah klu berbudi dgn tanah..sedikit sebyk dpt gak hasilnya kan.
    Sedapnya binga ubi..

    ReplyDelete
  3. Salam CM, dah lama Along tak jenguk sini. Ubikayu kalau buat bingka memang sedap sanga.... I like!

    ReplyDelete