LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 29, 2012

Fettuccine With Chicken & Basil Pesto.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cuti.

Selamat bercuti pada anak-anak semua.Sekolah cuti dua minggu.Tentu macam-macam aktiviti telah dirancang awal.Di musim cuti begini ibu-ibu lah yang paling sibuk.Jika berada dirumah maka tak kering tangan di dapur.Menyiapkan makanan untuk anak-anak.Yang pastinya penat tapi seronok.

Buat Cm semuanya  cuma  tinggal kenangan.Masa anak-anak berebut-rebut menjamah masakan ibu telah berlalu.Anak-anak semuanya sudah ada kehidupan sendiri kecuali si bongsu yang masih tinggal  bersama kami.Itulah fitrah kehidupan.Yang kecil akan membesar.Yang muda akan tua......dan yang hidup pasti akan menemui kematian.Hidup bagaikan pusingan roda.....


Hari ini kami makan selera "ala barat" atas permintaan suami.Minggu lepas dia hadiahkan sebuah buku PASTA good eating pada Cm...sebenarnya tiap -tiap bulan suami Cm hadiahkan buku jika beliau ke kedai buku.......kali ini beliau ingin makan pasta sebab senang & mudah menyediakannya.

Bahan-bahannya:

Untuk 4 orang.

2 tabsp minyak jagung.
1 ketul dada ayam.Ambil sisnya.
350 fettuccine kering.
Garam dan lada hitam
1 tangkai daun basil untuk hiasan.
3 ulas bawang putih.-cincang.

Pesto.

100 gm daun basil.
125 ml minyak zaitun.
3 tbsp pine kernels(Cm ganti dengan badam )
3 ulas bawang putih.
55 gm parmesan cheese(Grated)
Garam.

Cara-caranya:


Pesto.


Masukkan bawang putih,basil,minyak zaitun,pine kernels dan garam ke dalam food processor.Proses hingga smooth dan masukkan cheese.


Ayam.

Panaskan minyak jagung.Tumis bawang putih.Pan fry dada ayam hingga masak dan kering airnya.Letakkan garam dan lada  hitam .Balik-balikkan.Kemudian dada ayam  dipotong kiub kecil.Ketepikan,

Pasta.

Masukkan air kedalam peruik.Letakkan garam.Masak air hingga mendidih.Masukkan pasta dan rebus sehingga lembut.Tapiskan.

Hidang.

Campurkan semua pesto,ayam dan pasta.Gaul hingga rata.Masukkan garam dan serbuk lada hitam.gaul hingga sekata.Hiaskan dengan daun basil.Makan ketika masih panas.


6 comments:

  1. kata cikmanggis mengingatkan aku waktu kecil..suka rebutan sama kakak adik...rame waktu kecil...skr pada besar punya keluarga sendiri..tapi kasihan ibu sama bapak sendirian skr dirumah...

    ReplyDelete
  2. Salam CM.. wah nampak sedap tu.. betultu hati ibu pasti tersentuh bila mengenang zaman membesarkan anak2 erma terkenang zaman kecil2 ngan abg2 memang seronok kalau cuti sekolah penuh diari..ader jek projek ha ha ha.. dahlah kita jek pompuan..sejak abg2 berkahwin hubungan mula renggang ye lah memasing ader isteri.. hu hu hu.. CM panjg erma berceloteh naik lapo nak joinlah mkn he he he

    ReplyDelete
  3. kak CM, cmne akak wat pasta tu kan tak putus pastu tak melekat sesamanye eh. Mun wat ritu melekat lor wpun rebus pki minyak cikit :(

    ReplyDelete
  4. salam kak CM.. sedih pulak bila baca. teringat kat mama kt kg. skrg adik tun still ada 3 org kat umah. yg duk kt semenanjung pun selalu blk kg, tun je la yg duk jauh sikit. uhuk uhuk.. kalau blh nk kerja dekat2 yg rumah je.

    nway, mmg betul2 versi mat saleh pasta nih. tun x pernah lg buat pesto sendiri. teringin pulak nk makan.

    ReplyDelete
  5. Salam K CM.. Wow! sedap dan menyelerakan..:))

    Membaca tulisan akak di atas tu.. betul tu... hidup ini ibarat roda... dan tiada yang kekal di dunia ini... sayulah pulak membaca..

    Tq Dear..:))

    ReplyDelete
  6. Lama nak cuba buat pesto pasta tak terbuat ...hehehehe...saya tumpang manja dengan CM;-)....sekarang ni tengah sakit serius mental jadi tengah berehat doktor pakar sakit jiwa suruh jadi banyak senyap je takde tenaga nak fikir apa-apa.

    ReplyDelete