LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 25, 2012

Koleh Tahi Minyak/ Koleh Lemak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tahi Minyak.

Nama yang agak pelik tetapi bagi kami orang Pantai Timur ,biasa je:)... sebab ada satu  jenis lagi kuih yang mempunyai nama yang sama.Tahi itik :)..Tak tahu kenapa dalam banyak-banyak nama yang ada ,itu yang mereka pilih.(Orang dulu-dulu)....terima kasih banyak-banyak sekali lagi pada kak Wan kerana resepi ini.

Koleh ni sedap dimakan dengan kuahnya dan sambal kelapa.


Sedap sungguh:)...Sungguh ..tak tipu hehe.

Bahan-bahannya:

130 gm tepung beras.
60 gm tepung hoen kwe.
1/2 tsp garam(Cm letak 1 tsp)
400 ml santan Kara(Cm letak 200 ml santan +200ml air)
600 ml air.
1 tbsp minyak masak(Cm guna minyak masak dari  tahi minyak kerana bau yang sungguh wangi)


Cara-caranya:


  • Bancuh semua baha-bahan di atas dan tapis.
  • Masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan sehingga naik wap.
  • Sapukan loyang dengan minyak dari tahi  minyak,
  • Tuangkan koleh ke dalam dulang.Tabur dengan tahi minyak.
  • Biarkan sejuk baru di potong.(Kuih Cm ni masih panas tetapi tak sabar nak potong,jadi potongan kurang kemas..yang ni jangan ikut ya hehe)

Sambal Kelapa.

1/2 biji kelapa di goreng tanpa minyak hingga sedikit perang warnanya.
1 ekor ikan kembung-panggang dan ambil isinya.
4 ulas bawang merah.
3 hirisan kecil halia.
1/2 batang serai.
Garam dan gula secukup rasa.
1 tsp biji halba.
1 /2 tsp lada hitam.

Cara-caranya.

  • Tumbuk bawang merah,serai,halia,lada hitam dan ikan hingga lumat,
  • Gaulkan bersama kelapa dah halba hingga sekata.Seimbangkan rasa masin dan manisnya.

Kuah.

1 cawan santan.
3 tbsp tepung beras,
Sedikit halia di hiris nipis.
Bawang merah -hiris.
Sedikit halba.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:


  • Satukan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk.
  • Masak dengan api yang perlahan sehingga keluar wap atau mendidih.

Tahi Minyak.

2 cawan santan pekat.
Secubit garam.

Cara-caranya:

  • Masak dengan api yang perlahan sehingga menghasilkan minyak,
  • Kacau -kacaukan agar pati santan(Tahi minyak) tidak hangus.
  • Tapiskan.
Selamat mencuba:)

6 comments:

  1. CM! x taupun ada kuih ni...koleh kacang saya tau la..tapi dapat bygkan akalu gigit2 tang taik minyak tu, lemakkk je rasanya...rindu kuih lama2...

    ReplyDelete
  2. salam kak CM!! uwaahhh!!! kuih traditional at its best!! mmg sedap dan teramat sedapnya nih.. blk kg je dpt jumpa nih.

    ReplyDelete
  3. CM...mnarik la tgk koleh tahi minyak tu...warna putih pulak yer...sedap tu nmpknye...

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak dapat hidu aroma tahi minyak! Setakat ni belum pernah makan koleh tahi minyak koleh lemak... tapi nampak sungguh menggoda selera!

    ReplyDelete
  5. Good morning, CM. Alamak, pagi-pagi dah nampak kuih yang sedap ni tapi namanya tak berapa menariklah! haha..... Apalah dia orang ni! Namakan kuih yg sedap ni dgn nama yang pelik2 pulak ya. However, hope you're going to have a great week ahead. Happy School Holiday!
    Kristy

    ReplyDelete
  6. Dengar ko namo raso geli geleman nak makan tapi yang pasti koleh lemak memang sedap,makan koleh tahi minyak jenge sapai naik minyak...

    ReplyDelete