LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, March 19, 2012

Sayur Campur Dengan Kaki Ayam.

Assalamualaikum dan ssalam sejahtera.


Mesti ada yang buat muka terkejut bila nampak ada kaki ayam dalam sayur ni hehe.Tak pe kerana bagi setengah orang kaki ayam ni di buang je apabila membeli ayam.Seorang teman baik Cm  memberi tahu khasiat memakan kaki ayam .... baik untuk masalah lutut yang Cm alami sekarang  ini .Jadi Cm rasa tak rugi mencubanya. Cm goreng dengan sayur.Selain dari sedap ianya sangat murah.
Bahan-bahannya:

10 batang kaki ayam.
4 ulas bawang putih-ketuk.
1/2 tsp serbuk lada putih.
Sedikit garam..
sedikit serbuk pati ayam.
1/2 tsp minyak bijan.
1 tsp tepung jagung.
1/2 tbsp sos tiram.
1 ketul kecil halia-ketuk.
1 buku kecil brokoli.-potong kecil.
1/2 batang karot.-potong nipis.
1 batang celery.-potong kecil.
Sedikit minyak jagung untuk menumis.
Cara-caranya:


  • Rebus kaki ayam bersama halia dan sedikit garam selama 10-15 minit.
  • Toskan airnya.Masukkan kaki ayam kedalam air sejuk (ais).Rendam sekejap.
  • Kemudian toskan.Buangkan tulang yang besar.Ambil isinya.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.masukkan kaki ayam tadi dan di kacau hingga rata.
  • Masukkan sos tiram,serbuk pati ayam  dan lada putih.
  • Masukkan sayur-sayuran tadi.Gaul hingga sekata.
  • Akhir sekali bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan minyak bijan.Tuangkan kedalam sayur dan gaul hingga sekata.Angkat dan hidangkan.

9 comments:

  1. sedap pe kaki ayam, tang kenyal2 tu yg perghhh....

    ReplyDelete
  2. salam cm....ni dia liza dtg bawak pinggan sekali, nak tumpang lunch...hihihhii

    ReplyDelete
  3. ooo...ilmu baru, rupanya kaki ayam boleh atasi masalah sakit lutut ye... kalau gitu nak juga cuba resepi yang ada kaki ayam nih...

    ReplyDelete
  4. owh, baru tau kaki ayam boleh ubat sakit lutut... nak kena makan selalu ni... (selalu lak sakit lutut skrg.. huhu)

    ReplyDelete
  5. hehehe, my first time seeing kaki ayam in mixed vegetables. I like to eat kaki ayam too, deep fried it and braised with shitaake mushroom, very yummy wo, i must try to cook this soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cm...saya ada juga dengar orang cakap kalau ada masaalah lutut elok makan kaki ayam. Tapi saya pula maaf ya...cukup geli bila tengok kaki ayam dalam masakkan.

      Delete
  6. Salam CM teringat time kecil2 dulu tiap kali ikut mak gi rewang kenduri kawin malam, mesti ader sup kaki ayam, time tu memang x makan so puas kena sindir n usik ngan org2 tua.. hu hu hu nekad belajo mkn n ok boleh terima sedap.. sejak tu erma tau mkn kaki ayam ni he he he... sedap CM.. h ehe he

    ReplyDelete
  7. Salam makcik! tak pernah masak campur letak kaki ayam :D kalau kaki ayam kita suke bhgn dongkolnyer tak reti nama saintifiknyer hihihi... lama sgt tak makan kaki ayam, dulu2 mak suke campurkan kaki ayam dlm tom yum :D kalau sayur tu mmg semua kita makan :)

    ReplyDelete