Sekali lagi Cm siarkan menu yang berasaskan kaki ayam.Cm rasa anak anak pasti menyukainya.jadi jangan rasa ragu-ragu untuk mencuba resepi ini:)...Terima kasih pada Puan Neo kerana berkongsi resepi keluarganya sejak turun temurun lagi.
Bau masakan kaki ayam ni sungguhlah wangi,menaikkan selera nak makan nasi walaupun hanya sekadar kaki ayam yang sungguh humble sekali......Cm teringat satu cerita yang Cm baca dari sebuah buku yang bertajuk Dinamika Iman...Sebuah kisah seorang sufi yang berjalan hanya "Berkaki Ayam"kerana terlalu zuhud.Namanya Bisyr Al Hafi..(lupa ejaan yang betul namanya.)....dan resepi kali ini sungguh "zuhud" juga...Kaki Ayam Masak Kicap.:)
Bahan-bahannya:
14 batang kaki ayam.
3 tbsp kicap pekat.
1 tsp cuka.
1 labu bawang besar.-potong bulat.
1 ketul kecil halia.-mayang halus.
3 ulas bawang merah.-tumbuk kasar.
3 ulas bawang putih.-tumbuk kasar.
Kicap manis secukupnya.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
2 biji cili masak.-potong bulat.
11/2 tsp serbuk lada putih.
3 tbsp tepung gandum.
Cara-caranya:
- Kaki ayam di cuci bersih.pastikan kukunya di buang.
- Perap dengan kicap pekat dan cuka selama 1/2 jam atau lebih.
- Gaulkan dengan tepung gandum-untuk mengelakkan daripada meletup letup semasa menggorengnya nanti.
- Panaskan minyak dan goreng kaki ayam hingga garing.
- Kemudian terus masukkan kedalam bekas yang mengandungi air sejuk(air paip)
- Biarkan selama 10-15 minit.
- Toskan airnya.
kaki ayam pun sedap je nampak =)
ReplyDeleteSalam makcikk!!! musim kaki ayam yer makcik :D kalau mak kita hari2 dpt bekalan kaki atau leher sbb abg kita ada restoren jadinyer belen2 kaki n ayam mmg penuh ler dlm sebok hihihi... tp skrg mak kita dah surrender hihihi... sedap pulak nmpk kaki ayam ni masak kicapp yummmyy!
ReplyDeletecik... ni menu peberet kat umah lia... kaki ayam... mcm2 masak, berempah la, sup la, goreng tepung la... hehehe
ReplyDeleteHahaha kak cm, tkde maknanye zuhud, yg zuhud kalo humble n x sedap, tp ni walopun humble tp wuhhhh!!! Terangkat! X aci...x aci... Nk zuhud sgt, ikan masin selar kuning, sekor mkn 4x, secubit dgn sepinggan nasi gaul minyak n garam. Ikan tu plak bkn goreng tp bakar atas api kayu....*sedey tetiba
ReplyDeletekaki ayam? eh, t makan je. sedap! nak2 klu cm yg tolong masakkan! lg bertambah2 nasi t makan tau.. hehe..
ReplyDeletetake care cm.. keep blogging yeah!
Aslmkm cm.
ReplyDeleteSue pun suka msk kaki ayam juga. Dlu bila sue post pasal kaki ayam msk kicap,ada yg pelik. Hihihii. . Dia org tak tau kan. . Sedap kaki ayam ni. Hihihiii
Oooo, kaki ayam....mesti best!
ReplyDeleteOoooo cantiknya resepi! Lebih singkat pula waktu menyediakannya ye CM... rendam kejap je, tapi ada pula resepi masak begini yang Amie dengar kena rendam satu malam...eh, betul ke, ada dengar ke resepi begitu?
ReplyDeleteSelalu ingatkan kaki ayam ni buat sup je. Creative sungguh CM.
ReplyDeletesalam rindu nenekkkk.... igt lg kat darwish tak?? hihihi... owhh nenek dah ade cucu pompuan eh?? cunnnyerrr... dah ade pakwe eh? darwish tak leh ngurat la eh? hihihi...
ReplyDeletedapnyer kaki ayam... kiter suker... selalu msk kari atau sup jerk... lom penah masak cenggini atau cenggitu kat bawah sinun tuh... nanti nak try la klu blk kampong.. (sbb kat kg je leh makan kaki ayam sbb ade geng ngan mak) kat sini jgn arap! huh! hehehehe...
mau cuba la...
ReplyDeleteWow..sdp..
ReplyDelete