LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, March 3, 2012

Roti Ala-Ala Sunflower Pizza:)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat berhujung minggu buat teman-teman yang Cm sayangi.Semoga sentiasa berada didalam kandungan sihat walafiat semuanya.Jika kita ditimpa musibah atau sakit dan kita bersabar atas ujian itu  maka Allah akan membalas sama seperti orang yang keluar berjihad....Kita berikhtiar kemudian bertawakal kepadaNya.....

Hari ini Cm masak roti ala ala pizza lagi  kerana nak habiskan simpanan cheese lebihan pizza hari tu...Kali ini Cm ambik resepi dari SINI...nak cuba kelainan.Seperti biasa isi pizza tidak terikat sangat dengan resepi.Main taram je asalkan sedap.Macam nasi goreng ...kita campak aja apa apa bahan yang ada janji boleh makan.:)

Bahan-bahan untuk kulitnya:)

3 cawan tepung roti.
3tbsp minyak zaitun.
1/2 tsp garam.
2 tbsp gula halus.
2 tsp yis segera.
1 cawan air.

Keju yang dipotong kiub kecil secukupnya(Untuk buat kelopak pizza)

Cara-caranya:)


  • Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun dan uli hingga sebati & elastik.Diamkan sehingga doh kembang menjadi dua kali ganda dari  saiz asal.
  • Tumbuk buang angin dan bahagikan doh kepada 2 bahagian.bulatkan kemudian gelek agar muat diletakkan atas pan pizza berukuran 10 inci..Ratakan biar kemas.
  • Kemudian ambilkan doh yang satu lagi agak-agak saiz ibu jari dan masukkan potongan kiub cheese dan balut hingga kemas.Bentukkan sedikit membujur dan atur dikeliling pan pizza seperti gambar di bawah.
  • Lakukan sehingga selesai.



  • Lepas tu sapukan permukaan doh  dengan sos tomato atau sos pizza atau terpulang dengan selera masing masing.
  • Taburkan sedikit keju parut .Kemudian baru  taburkan isi pizza hingga sekata.
  • Akhir sekali taburkan lagi  keju parut dan potongan buah zaitun jeruk dan biarkan doh naik baru dibakar hingga masak.

Bahan-bahan Inti:)
(Blackpepper Chicken & sosej)

250 gm isi ayam yang di panggang dan di siat-siat(Cm guna dada ayam)
200 gm daging ayam cincang(Cm guna Jenama Ramli)
4 ketul sosej ayam-potong nipis.
1 ketul kiub ayam.
2 tbsp sos lada hitam.
1/2 tsp serbuk lada hitam.
1 tbsp sos tiram.
1 labu bawang besar-dadu.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-caranya:)


  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga wangi.masukkan daging ayam cincang dan dada ayam.Kacau hingga rata.
  • Masukkan sos tiram,sos lada hitam.kiub ayam dan serbuk lada hitam. seimbangkan rasanya mengikut selera masing-masing.Gaul hingga rata.
  • Masak hingga kering airnya.Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
Baha-bahan topping:

Keju parut secukupnya.
Beberapa biji buah zaitun jeruk di potong nipis.


7 comments:

  1. nmpk sedap piza tu kak...
    tliur tgk...sedap mkn panas2 kan..
    ala2 bungakan rupanya...hehehe
    kreatif...

    ReplyDelete
  2. kekanda ku tercinta
    nak minta tolong buatkan boleh takkkkk??? melelh ilah tgok kak nah.... pandai lah kak nie..*dlm nada bangga nie

    ReplyDelete
  3. wah...mewah betul piza CM, yg mcm ni la anak akak nak tp bnyk yg dia tak suka, sayur, bawang dll.

    ReplyDelete
  4. Beautiful pizza...and it looks so delicious. Inviting myself to your place kak..hehe ;)

    ReplyDelete
  5. Salam CM,
    CM kalau buat pizza memang mengancam. Saya suka lah ada bonggol2 kat tepi tu, macam kat pizza hut gitu. :)

    ReplyDelete
  6. Perghh, boleh lawan pizahut ni....nmpk sedap laa...

    ReplyDelete