LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, March 28, 2012

Poli Ubi Kayu Keledek Bersagu.




Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kuih Talam diatas Cm buat malam tadi sebelum masuk tidur.Resepi asal dari blog TC .Terima kasih TC.Semasa Cm baca bahan-bahannya rasa agak unik kerana ada ubi kayu,keledek dan  biji sagu .Warnya pula kuning keemasan kerana ada tepung kastad.Jika ubi kayu parut dan di kukus orang kampung Cm panggil kuih Poli Ubi Kayu jadi Cm jenamakan semula Talam ubi ini kepada Poli Ubi Kayu Keledek Bersagu.Maaf ya TC:)
Bahan-bahannya:)

335 gm ubi kayu parut.
75 gm keledek.-parut.
100 gm biji sagu.-rendam selama 5 minit.
150 ml santan pekat.
165 gm gula-Kurangkan jadi 120 gm.
10 gm tepung kastad.


Untuk Salut.
1/2 biji kelapa parut(putih)-kukus sekejap.
Secubit garam.


Cara-caranya:


  • Sapukan sedikit minyak pada loyang yang sesuai.
  • Bancuhkan bahan-bahan diatas sehingga rata.
  • Tuangkan kedalam loyang dan kukus dengan api yang besar sehingga masak.
  • Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong.
  • Gaul dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam.



Untuk selera Cm ,kuih ni agak manis jadi Cm telah kurangkan kandungan gulanya .Selamat mencuba.






19 comments:

  1. salam k.inah.. nor suka sgt dgn puli ubi kayu.. best! k.inah ada resipi tak?

    * org ganu panggil puli bukan poli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Nor..poli/puli tu kuih orang dulu-dulu.Dorang main agak agak je tiada resepi yang tepat.Insyallah bila jumpa resepinya nanti Cm share dgn kawan kawan kt blog ni:)

      Delete
  2. Assalamualaikum, slmt pg kak CM

    Rupa parasnya kuih tu betul2 dh kecurkan tekak saya. Warnanya pun cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsl mas.Anak anak dan suami suka kuih ni.Jika kurang manis lagi sedap.Terpulang pada selera masing-masing.Jika gemar manis boleh tambahkan lagi sukatan gula tu.

      Delete
  3. walaweh... mengancamnya kuih cik

    ReplyDelete
  4. wohooo...gojes kalernye tu CM, kombinasi bahan yg sedap2 belaka lak tu...tk penah tau ada kuih nama politeknik, eh poli...hihihih...

    ReplyDelete
  5. As'salam CM

    nampak menarik dan ada kelainan pada resipinya. emm..kalau dapat merasa sepotong dua ni ni sedapnya. sebab nak makan free jer CM...hihi

    ReplyDelete
  6. Kuningnya cantik memikat, hatiku jadi terpikat, mesti sedap tambahan disalut kelapa..

    ReplyDelete
  7. CM,
    tadi kita tengok kat kuali.com ada resipi nih..mmg gojer sungguh.very the colourful..laa tiba tiba nampak akak buat lak..sedap tak kak? tapi kena cari ubi ngan keledek dulu laa..

    ReplyDelete
  8. K1 pun terguda gold kaler tuu hee hh.. nak cuba CM,,,

    ReplyDelete
  9. salam kenal sis! adeh.. rase brkobar2 nk buat niih..hihih.. btapa la sdapnye combination ubu, keledek & kastad! pehh..terbaekk

    ReplyDelete
  10. Salam cm...belum pernah makan tepung talam yang dicampur dengan 3 bahan ubi,terima kasih kongsi, nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  11. sedapnye poli ubi..tetiba teringat kat mak bila tengok poli ubi kak cm tu..mak selalu buat..esp kalau musim banjir, musim hujan banyak ubi kayu =)

    ReplyDelete
  12. Salam CM,
    Memang unik pulak bila campur keledek dan sagu bersama ubi kayu. Nakpak sungguh le sedap. Saya dah lama dok tunggu ubi kayu depat tak jual pulak. dulu2 ada kat sini :(
    Ijan

    ReplyDelete
  13. salam kak cm...
    warnanya sgt menarik... ceria gitu.. mcm pernah dengar tok sebut2 poli/puli (bak kata kak nor) masa sy kecik2 dulu.. tapi sekali pun tak berpeluang melihat atau merasa... atau mungkin sy yg tak ingat.. ni kuih org2 lama ni kan.. rasa mcm nak cuba je.. tp kena kiv dulu sbb byk sgt dok dlm wish list yg nak di cuba.. (sbb bahan2 dah beli.. hehe)

    sy rindu nak mkn loklik dengan sira buah jambu golok.. semua tu arwah tok pernah buatkan utk saya masa kecik2 dulu.. tak berpeluang nak membuatnya sendiri walau mcm ingat juga cara2nya.. lom berkesempatan nak bereksperimen..

    ReplyDelete
  14. Banyak parut-parut ni teringat asyik kita je jadi mangsa nak parut benda-benda...hehehe...oh teringinnya nak rasa sekeping.

    ReplyDelete
  15. Love this recipe and the combination between ubi & sago. Must be so delicious! Thanks for sharing it.
    Have a great week ahead.
    Kristy

    ReplyDelete
  16. Assalam kak, sedapnya tgk kuih yang berseri-seri warnanya ni...1st time dgr nama kuih poli ni..jakun lak saya ni kan...hehe

    ReplyDelete