LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, March 4, 2012

Apam Balik II

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sebelum terlibat dengan dunia blogger ni Cm rasa untuk memasak apam balik adalah sesuatu yang sukar.Semasa kecil dulu mak selalu cakap jika nak belajar masak Apong(Apam balik) kena bayar mahal.Kebanyakan orang yang tahu atau mahir membuat kuih apam balik ini seboleh bolehnya merahsiakan resepinya.Tetapi sekarang keadaan telah berubah.Resepi hanya dihujung jari...terpulang samada rajin atau tidak je....ramai kawan kawan kat  blog yang sudi berkongsi resepi..tiada rahsia lagi...terima kasih kawan-kawan...

Dapur Ayin selalu menghasilkan Apam balik yang sungguh menarik dari masa ke semasa.Resepi kali ini adalah yang paling baik yang pernah Cm cuba.Senang memasak dan bila kita lipat ianya tak retak atau pecah.Hasil yang sungguh memuaskan.Terima kasih Ayin.

Bahan-bahannya:)

250 gm tepung gandum.
3 biji telur.
260 gm susu segar.
10 gm air.
70 gm gula halus.
30 gm butter-cairkan(melted)
1 tsp baking powder.
1/2 tsp soda bikarbonat.

Bahan-bahan intinya:)

Kacang tanah -kisar kasar.
Butter/marjerin.
Jagung manis (dlm tin)
Gula pasir.
Cara-caranya:)


  • Masukkan telur dan gula kedalam mangkuk yang sesuai dan kacau dengan whisk sehingga gula hancur.
  • Kemudian maukkan susu segar dan kacau perlahan lahan .Masukkan tepung(ayak dengan baking powder&;baking soda)sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan melted butter dan adun hingga rata.
  • Perapkan adunan selama 1 jam.
  • Panaskan kuali yang tak melekat dan sapukan dengan sedikit butter.
  • Masukkan satu senduk adunan dan masak dengan api yang perlahan.cm tutup dengan tudung periuk agar apam cepat masak .Terdapat lubang- lubang dipermukaan apam balik menandakan ianya dah masak.
  • Sapukan permukaan apam balik dengan butter atau marjerin.Kemudian letakkan sedikit jagung manis &;tabur dengan sedikit gula pasir.Last sekali tabur dengan kacang panggang yang dikisar kasar.Siap.

Sebenarnya inti apam balik boleh diubah mengikut selera masing masing,Cm pernah makan apam balik yang berintikan kacang merah dan kelapa manis.Tapi Cm lebih suka inti yang original seperti diatas:)Selamat mencuba.

14 comments:

  1. satu kata....Cantik...
    kalo org indo sukanya martabak yg basah,setelah martabak matang suka dikasih mentega yang banyak.Ayin belum pernah pakai jagung manis,kayaknya enak ya,soalnya aku juga doyan jagung manis...kapan2 mesti kasih jagung manis juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Ayin..resepi ini yang terbaik:)kami memang suka bubuh jagung manis,sedikit gula dan butter sebagai inti..sedap sekali:)

      Delete
  2. kak nah..ilah nak sikit yg ikat tuuu tolong pos..gebuuu dan tebal...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh hehe oh ya ayam golek ada lagi tak?:)

      Delete
  3. Assalamualaikum kak cm
    Baru semalam mas buat apam balik tp x cantik mcm akk punya. Apam balik mas bila lipat dia retak dan pecah. Lepas ni mas nk try resepi dr dapur akk plak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm Mas.ya ke?cuba Mas buat dengan resepi ni pulak.Insyallah lembut dan tak pecah bila dilipat.

      Delete
  4. salam CM..gebunya tgk apam balik yg CM buat..hr tu saya buat jadi keras plk...terus cik tong yg mkn..membazir je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm kzai...Cm pun pernah kasi Cik Tong makan hehe.Cuba kzai guna resepi yg ini pulak.Insyallah lembut macam yang dijual kat kedai.

      Delete
  5. sedap nya apam balik nie kalau makan masa panas2.. lembut je kan.. boleh try nanti.. huhu

    ReplyDelete
  6. hi kak, your apam looks fluffy!! i pernak buat apam balik tapi itu versi rangup punya, i also like your fluffy version, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. menyelerakan nampak apam balik....tadi baca entry CM pasal sahara tent tu kat alamanda masa sambut besday. kat shah alam pun ada CM seksyen 9 dekat sikit xyah gi jauh2. nak murah skit bolih gi d'arab cafe seksyen 7.....kalu CM nk datang jb kene jenguk blog saya dulu baru leh plan mana nak gi makan hehe

    ReplyDelete
  8. betoi ckp Cik Manggis..skrang ni kalo nk buat sendiri..cr je resepi..Kalo ndak seribu daya kan...
    cantik menjadik apam balik tu...bangganya sy kalo dpt buat..tp xde non stick pan plak!

    ReplyDelete
  9. Saya dah berkurun-kurun simpan banyak resepi apam balik asyik tak terbuat je;-). Rasa masa cepat je berlalu sekarang tak cukup masa.

    ReplyDelete
  10. Ya Allah geramnya tgk apam balik ni...rajinnya wat apam balik...kalau saya, wat lempeng jela rajin...hihi....

    ReplyDelete