LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 12, 2011

Onde Onde

Onde Onde buah Melaka,
Didalam inti di luar kelapa,

Kuih sesuai untuk berbuka.
Sekali makan tetap tak lupa:)


Bahan-bahannya:

3 1/2  cawan tepung pulut.
1 tbsp tepung gandum.
1 tsp air kapur.
4-5 helai daun pandan.
1 cawan air.
Gula melaka secukupnya-potong kiub kecik kecik.
1 biji kelapa parut yang bahagian putih je.
Sedikit garam.
Cara-caranya:

  • Kelapa digaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap-ketepikan
  • .Kisar daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis-ketepikan.
  • Panaskan air dalam periuk hingga  mendidih.
  • Masukkan tepung pulut dan tepung gandum kedalam bekas yang sesuai.
  • Masukkan air kapur dan  air daun pandan sedikit demi sedikit  agak-agak dapat uli hingga dapat bentukkan bulat bulat tak perlu habiskan 1 cawan air pandan tu(lihat keadaan doh).
  • Ambik seketul bentukkan jadi bebola dan leperkan.Letakkan gula melaka kedalamnya.Tutup rapat-rapat dan bulatkan seperti asal.
  • Masukkan kedalam air yang mendidih.Bila timbul tandanya telah masak.Toskan airnya dan letakkan keatas kelapa parut tadi.Golek golekkan  agar sekata kelapa parut melekat dengan sekata.
  • Lakukan proses yang sama hingga siap.Biarkan kuih betul betul  sejuk baru dihidangkan.Selamat berbuka ya:)

13 comments:

  1. Assalamualaikum CM,
    sedapnya tngk kuih buah melaka ni..akak tak terbuat2 sejak puasa ni...rasanya skrng gak nak buat..

    ReplyDelete
  2. CANTEKNYA kak cm hias mcm dlm majalah jer gayanyee..nanti kak buat tau tepung bungkus tu ilah nak tgok emmmm

    ReplyDelete
  3. saya suka sangat ini tapi belum cuba buat di rumah lagi. Nice presentation thought!

    ReplyDelete
  4. sy pun buat untuk buka harini :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum CM,sedapkan onde2..tambah2 bulan puasa bila makan rasa manis2..dan rasa sejuk je tekak..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  6. banyaknya sudu cina...kasi barang sebatang boleh?

    ReplyDelete
  7. Salam Kak CM

    onde2 ijo ka, putih ka...sumer kita suka!!

    ReplyDelete
  8. Yatie...wslm.onde Onde ni memang kuih di bulan puasa..senang dimasak sedap dimakan:)


    ilahjy..terima kasih ilah..insyallah besok jika ada "kudrat' boleh buat dan tayang kat ilah hehe.sifu ku:)


    Sonia..senang je buatnya..boleh lah cuba.

    hanabanana..eh sama la kita ya:)


    Adiweyah...Wslm.Ini kuih bulan puasa:) terima kasih.Selamat berpuasa buat Adiweyah juga.

    Gerau..jika nak nanti kita balik kampung kita belikan ya:)

    Yat Maria..hehe..semua boleh:)

    ReplyDelete
  9. hi cm, lena ingat macam ada pernak tanya cm, apa itu air kapur dalam b. english?

    ReplyDelete
  10. comel sungguh onde2 tu... suka sgt makan onde2... sedap

    ReplyDelete
  11. salam..
    ermm..tak tahan woo tengok
    onde-onde nih..alahai..

    cantiknya pinggan dan sudu tu
    :)

    ReplyDelete
  12. oh ni pun favourite gak. Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  13. comel nye letak onde2 dlm sudu!! kreative!! c:

    ReplyDelete