LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, August 11, 2011

Laksa (resepi ulangan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera......

Sejak mula berpuasa asyik makan yang goreng-goreng je..rasa bersalah pada diri sendiri dan orang dalam rumah ni terutamanya suami Cm yang tak digalakkan makan makanan yang berminyak atas sebab kesihatan....jadi dah dua hari kami berbuka dengan makanan yang berasaskan sup atau rebus.Hari ni masak Laksa dan lebihkan sayur atau ulamnya.Alhamdulillah bila tukar menu ni nampak berselera pulak kami anak beranak berbuka:)



Bahan-bahannya:)

800 gm ikan kembung
1 bungkus laksa basah(1 kg)
2 labu bawang besar
7 tangkai cili kering 4 keping asam gelugur
1 inci belacan
2 tangkai daun kesom
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
1 labu bawang besar
5 biji telur rebus
sedikit cili masak dan cili api
daun salad
daun pudina,daun selom
beberapa biji limau kasturi


Cara-caranya:

Ikan direbus dengan 2 keping asam gelugur dan sedikit garam.Asingkan isinya dari tulang dan ketepikan.(nnt blend dengan air rebusan ikan tadi)

Blend 2 labu bawang besar,belacan dan cili kering sampai hancur.Masukkan dalam periuk dan masak sampai mendidih.Masukkan daun kesum dan sekuntum bunga kantan(belah dua),masak lagi biar bahan bahan kisar tadi betul betu masak.Masukkan isi ikan yang dikisar dengan air rebusan tadi.Tambah air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.Masak sampai mendidih.

Masukkan 2 keping asam gelugur dan rasa garam secukupnya.Ada orang suka bubuh ajinomoto tapi cikmanggis hanya bubuh garam sahaja.Untuk ulam-ulamannya,potong nipis timun,daun salad,Telur rebus belah dua,potong cili,limau kasturi dan daun selom dan daun pudina.1 labu bawang besar dipotong bulat.

Rendam laksa sekejap dengan air mendidih atau jirus je dengan meletakkan laksa dalam tapis.Siap untuk dihidangkan.


Selalunya Cm beli laksa fresh dari pasar tapi hari ni ke pasar agak lewat kerana ada misi dengan liza:)..terima kasih Liza..Cm dah kembalikan baldi you tadi hehe.
Akhir sekali Cm nak ucapkan berbanyak terima kasih pada seorang pengunjung blog Makcik Manggis dari Nottingham UK atas kiriman kad ucapan yang sungguh menarik ini:)..MakcikManggis suka sangat kerana pertama kali dapat kad seperti ini.....terima kasih dan jangan lupa jemputan Makcik hari tu ya hehe:)

23 comments:

  1. sedap! sedap!! alhamdulillah wiken lepas baru mkn kawan yg buatkan. nk buat sendiri mmg malas sbb malas nk hanyirkan diri main ikan.. hehe

    ReplyDelete
  2. Tun telani.....hehe jika takmo hanyir tak boleh buat laksa Tun..tadi lepas rebus dan asing kan isi ikan terpaksa mandi hehe.sampai ke kepala bau hanyir,

    ReplyDelete
  3. salam..
    menu saya hari ni..
    macam tahu2 saja..he he

    ReplyDelete
  4. Salam kak CM. Emmm... sodap nya nampak. Nasib Along baru jer buat 2-3 hari lepas. Tapi bulan2 pose ni tak larat nak tonggeng2 amik gambo tiap2 ari, balik keje kelam-kabut masak & ank2 nak cepat ngap.

    ReplyDelete
  5. Laksa sedaaap.. ulang tayang pun x per... tak kan jemu tgk laksa.. ehhehehe...

    ReplyDelete
  6. kak cm ..ini salah satu makanan kegemaran ilah.. maklumlah org kedah...masa sekolah dulu laksa tu ilah putar sendiri guna tepung beras. buat kanji dia pastu campur dgn tepung uli dan tekan dlm air mendidih. menjadi. itu tepung dulu2 ..sekarang ni kalu bt mcm tu putus2 kak cm..tak tau pasai apa?

    ReplyDelete
  7. zulkbo..hehe ya ke?menu sihat ni:)

    ReplyDelete
  8. HomeKreation...wslm Along..ya la bulan posa ni tak cukup masa nk kejar ..banyak makanan yang tak sempat nak ambik gambar..

    ReplyDelete
  9. Diana @ Melly Mey...tak jemu kan:)

    ReplyDelete
  10. ilahjy..eh ilah boleh buat laksa sendiri?nnt jika ada resepi untuk buat laksa fresh jangan lupa habaq mai ya(nak cakap loghat kedah tiba tiba )bila sebut bab laksa ni hehe.

    ReplyDelete
  11. Salam makcik,
    CAntik dan terliur tgk laksa tu. Susuanan yang sungguh cermat dan dapat menambah selera makan. Selama terus menjalani ibadah di Al Mubarak.

    ReplyDelete
  12. slm cik manggis....tgk laksa ni sedapnyer, tapi kt umah ni, lebih ke nasi2 bila bukak posa...

    ReplyDelete
  13. CikguZam..salam zam.Apa khabar ?semoga sejahtera selalu ...masa rajin susun elok elok..terkenang bagaimana orang Jepun hidang makanannya dengan penuh berseni:) selamat berpuasa Zam.

    ReplyDelete
  14. Ida,Japan....wslm ida..sekali sekala makan macam ni ok tapi selalunya kami makan nasi.Anak anak memang suka nasi:)..selamat berpuasa ya.

    ReplyDelete
  15. Assalam cm,
    sedap nampk laksa cm ni...ini mesti laksa penang ya..sebab ada nenas tu..kita suka laksa penang pertama kali cuba kat penang memanglah teramat lah sedap..sampai termimpi2 dibuatnya..heheh

    ReplyDelete
  16. laksa memang x kan jemu! kalau dah buat laksa memang x bernasi lah kami....fav tu kak!

    ReplyDelete
  17. I dah hantar ni ke adik yang berada di USA ,She likes to eat Malay laksa , thank you

    ReplyDelete
  18. Baru beli ayam nak cuba resipi ayam percik makcik :)
    Juga nak bikin laksam, kalau pakai chee cheong fun boleh?

    macik sekeluarga sihat-sihat belaka?

    ReplyDelete
  19. ayu...salam ayu..Cm suka nenas sebab rasa masam-masam tu menambah lagi selera:)..jika termimpi-mimpi lepas makan laksa pasti selera yang sesuia dgn laksa tu hehe.Cuba la..

    ReplyDelete
  20. lovely kitchen...sama la kita.Bila ada bakinya besok bila panaskan kuahnya lagi sedap :)

    ReplyDelete
  21. Bakeling..hehe dah jauh resepi ni pergi ya..terima kasih banyak banyak:)

    ReplyDelete
  22. Hi Tummy dear:)..makcik baru balik lihat bunga kat meja Tummy tadi hehe cantik:...eh boleh boleh guna chee cheong fun..dulu dulu makcik guna kuey tiew je

    Jangan lupa masukkan gambar dalam blog ayam percik tu:)

    Alhamdulillah kami sihat sihat je...bulan ramadhan badan rasa bertambah ringah (gembira)

    ReplyDelete
  23. hi cm, lena tak jemu makan laksa tapi malas sangat nak buat, macam banyak kerja..hehe

    ReplyDelete