Ini lah salah satu daripada biskut yang Cm buat hari ni.Biskut yang jimat bajet dan pastinya kesukaan anak bongsu Cm.Tak tahu lah sama ada dapat survive hingga pagi raya hehe.....Terima kasih Ros Jintan manis kerana berkongsi dengan kami resepi yang senang dan sedap ni(belum makan lagi tapi dapat agak ianya sedap)........
Bahan-bahannya:
1/2 cawan butter.
4 sudu besar madu(Cm bubuh madu perasa nenas sebab ini je yg ada)
5 cawan cornflakes-ramas kasar.
1 cawan kacang tanah-goreng dgn minyak dan toskan.(jgn terlalu lama menggorengnya)
Cawan kertas secukupnya.
Sedikit gula hiasan.
Cara-caranya:
- Panaskan butter dan madu hingga cair dan sebati.
- Masukkan kacang tanah dan cornflakes dan gaul hingga rata.
- Isikan kedalam paper cup dan tabur dengan gula hiasan.
- Bakar dalam oven selama lebih kurang 3-4 minit dengan suhu 130 darjah celsius,
- Biarkan biskut betul-betul sejuk baru di simpan dalam bekas yang kedap udara.
Bebudak memang suka kuih cam ne. Tapi sampah banyak kan.hee
ReplyDelete