LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, August 21, 2011

Biskut Coklat Chips



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Wah dah lima hari tak update blog sebab internet slow macam siput dan juga masa pulak tak mengizinkan untuk mengadap komputer.Beberapa hari lepas Cm masak biskut Coklat Chips yang Cm ambik resepi dari dapur Nor ganu.Semenjak bulan Ramadhan ni Cm asyik keluar masuk dapur Nor cari resepi.Semuanya berkenan dihati.Terutama biskut ini.Terima kasih Nor:)

Bahan-bahannya:

180 gm butter.
90 gm gula kastor.
100 gm gula kastor.
200 gm tepung naik sendiri.( Cm guna tepung biasa tapi masukkan 1 tbsp baking powder)
160 gm tepung gandum.
2 biji telur.
1/4 teh garam.
100 gm coklat chips.
80gm kacang hazel-potong kecik.
1 tsp soda bicarbonate.
1 tsp esen vanilla.
120 gm badam cincang.


Cara-caranya:

  • Ayak tepung bersama baking powder  (jika guna tepung biasa),soda bicarbonate dan garam.
  • Pukul butter dan gula hingga gebu.Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.Pukul lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi.Kacau rata.Masukkan coklat Chips,kacang badam(panggang sekejap ya) dan kacang hazel.Gaul hingga rata.
  • Panaskan oven 180 darjah celsius.Alaskan dulang dengan baking paper.Cm jemput dengan menggunakan tangan dan aturkan atas dulang,Jarank-jarakkan sikit agar tidak melekat antara satu sama lain bila masak nanti.Adunan yang guna tepung biasa agak keras sedikit jadi boleh jemput jemput guna tangan:)
  •  Bakar hingga masak lebih kurang 20-25 minit.bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
  • Biarkan biskut sejuk sekejap atas dulang baru pindahkan keatas redai kuih.Siap untuk dimakan:)..simpan dalam bekas kedap udara.Biskut ni agak ranggup...dah habis 2 balang jadi kudapan selepas solat terawih..ternyata anak anak suka sangat:)


Maaf pada kawan-kawan yang singgah ke dapur Cm ni sebab tak sempat nak buat kunjungan balas.Maklum lah Ramadhan dah nak hampir pada penghujungnya dan tak lama lagi Aidilfitri akan menjelma.macam-macam hal yang perlu dilakukan Insyallah bila segalanya selesai Cm akan datang berkunjung ya:)...tungguuuu....


19 comments:

  1. Salam cikmanggis..mesti dah byk wat kukis kan..Sue lambat nak start enjin..baru satu ja..
    Kukis ni masuk list juga..tp tak sempat lg nak buat...(^_^)

    ReplyDelete
  2. salam k.CM... nak ngendeng kukis ni. nor dah bawak 2 balang kosong.. boleh isikan penuh2kan.. comel jer kukis k.CM buat :)

    mekasih ya sudi try kukis ni.. dan mekasih sbb jadikan dapur nor tempat selongkar hehe

    ReplyDelete
  3. akak, mana sedap dengan stich chocolate chip cookies yang akak buat ari tuh??

    ReplyDelete
  4. ibh..salam sue...tak banyak jenis tapi banyak adunan untuk satu satu jenis...dah makan berbalang balang siap mami Maryam bawa balik Penang..nampak gayanya kena buat lagi ni:)

    ReplyDelete
  5. knor..hehehe boleh boleh bawak m ai balang tu nak isi :)p

    Terima kasih nor sebab tak lokek kongsi resepi yang sedap sedap belaka..semoga Allah memurahkan rezeki Nor seisi keluarga...

    ReplyDelete
  6. Cendana Kasih..salam Ck..sebenarnya bila try buat biskut ni..yang ni lagi sedap dari stich coklat kukis tempohari.Jika Ck nak buat elok yang ni..ikhlas ni:)

    ReplyDelete
  7. ramai dah buat kukis ni...
    mas pun nak try gak nanti..he3

    ReplyDelete
  8. Ini biskut yang mama Diana buat tiap raya. Kegemaran semua. Ingat nak buat biskut ni. Tapi bulan ni dapur tak berasap sangat dan kebun pun terbiar je. Mmmm dah nampak CM buat ni ada semangat sikit nak buat kuih raya...hehehe...

    ReplyDelete
  9. salam..
    nampak cukup garing tu..
    mesti ranggup dan tak cukup
    kalau makan seketoi dua..
    huhu..

    ReplyDelete
  10. Salam kak CM. Nak sebalaaaang....hehe

    ReplyDelete
  11. mas..jom pakat ramai ramai buat cookies ni dapat masuk buku guinness hehe

    ReplyDelete
  12. malay kadazan girl...biskut yang ada coklat chips dan kacang ni mmg kesukaan kanak kanak.Setiap tahun mesti ada biskut yg begini dalam balang:)..jom kita buat biskut raya.

    ReplyDelete
  13. Zulkbo...memang ranggup ni ..bila makan tak sedar dah habis sebalang :)

    ReplyDelete
  14. Homekreation..hehe nah ambik 2 balang:)

    ReplyDelete
  15. salam CM...
    dah byk ker wat sekuk raya? nampak sedap sgt kukis ni.. aritupun dah terliur tgk izah dok buat... resepi dah print.. sempat ke tak nak wt kukis ni.. hehe..

    ReplyDelete
  16. Terliur tengok biskut Cik Nah... :)

    ReplyDelete
  17. madiha..ada lah beberapa jenis yng senang senang.tu la..ramai yang dah buat resepi Nor ganu ni jadi Cm pun join sekaki..Alhamdulillah mmg sedap:)

    ReplyDelete
  18. Amier Aqmal..hehe nanti CikNah kirik untuk amier bila jumpa Pok Im ya:)Selamat berbuka buat amier ,aisya dan Shani:)

    ReplyDelete
  19. awat gula castor dua kali?error ke

    ReplyDelete