LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, April 12, 2011

Sambal Hijau @ Sambal Gila:)..Muhibbah Malaysian Monday.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Satu lagi resepi dari dapur Tok Chik.Sambal Hijau atau Sambal Gila hehe.Semasa menumis sambal ni maid jiran sebelah terbersin bersin tetapi Cm tak ada apa apa pulak.Mesti maid tu benggang Giler itulah sebabnya nama sambal ni sambal gila haha.
Pada Cm la kan..bila makan sambal seperti ini tak perlu banyak-banyak lauk.Cukup lah sambal berserta ulam dan ikan goreng...hmm boleh pengsan ni.

Bahan-bahannya:

20 biji cili api hijau.
8 ulas bawang merah.
Sedikit belacan.
1/2 keping asam gelugur.
50 gm ikan bilis.

Cara-caranya:
  • Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali asam keping hingga lumat.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi dan naik baunya.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula secukup rasa.Seimbangkan rasa manis dan masinnya.
  • Sedap dimakan bersama ulam ulaman seperti timun,kacang botor,kacang panjang.petai dan daun selom.
Terima kasih pada Tok Chik sebab Cm selongkar dapurnya tadi:) nak ambil resepi sambal Hijau atau sambal gila ni.

10 comments:

  1. sedap ni cik... mkn ngan nasi panas... huhuhu... pedas2...

    ReplyDelete
  2. argghh..sedapnya.....
    terliur ni..
    cari nasi cepattt...

    ReplyDelete
  3. alahai.. menggoda jiwa betol sambal gila nie.. mmg gila menengoknyer... nak nak ada pulak ulam2 dok tertenggek tepi pinggan tu.. makan nasik panas2 dgn sambal ni sure terangkat nie.. ekeke..

    ReplyDelete
  4. ...ahaaaaakkkksss..
    sambal belacan moden yek!!!!
    yang pasti time makan mesti thumbs up!!!

    ReplyDelete
  5. makan ngan nasi panas2.. kena dgn ikan kembong goreng pun sodap!

    ReplyDelete
  6. oh sangat bahaya. Boleh manjadi tambah banyak kali nasi ni;-).

    ReplyDelete
  7. Oooh, takut nak makan sambal ini CM, nampak pedas kaw-kaw :) Terima kasih join MM kali ni.

    ReplyDelete
  8. mmg sedap sambal hijau ni.. at last, jumpa gak resepi dia.... TQ! tp, apa function ikan bilis tu?

    ReplyDelete