Resepi yang Cm paling berkenan sekali adalah Bingka Ambon .Memang berbaloi-baloi membuatnya sebab sungguh sesuai dengan selera Cm ni.Rasa lemak-lemak dan manisnya pun sederhana.Sedap.Terima kasih Tok Chik:)
A
Bahan-bahannya:
11 gm yis segera
15 gm tepung gandum
10 gm gula pasir
60 ml air
B
10 biji kuning telur
200 gm gula halus
1 tsp esen vanila
C
150 gm tepung ubi
2 tbsp tepung pulut
D
300 ml santan pekat.
1/2 tsp garam
4 helai daun pandan.
Cara-caranya:
- Bancuh A hingga rata dan perapkan selama 25-30 minit sehingga adunan tu berbuih.
- Masak D atas api sehingga mendidih dan cepat-cepat tutup api dapur supaya santan tak pecah minyak.Sejukkan.
- Pukul B hingga berbuih dan kembang.
- Satukan A+D+B dan kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan C sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
- Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak .Tuangkan adunan kedalam loyang
- Oh ya jangan lupa panaskan oven terlebih dulu dengan suhu 180 darjah celcius.Masukkan loyang kedalam oven dan biarkan pintu oven terbuka sedikit selama 10 minit.Kemudian kurangkan suhu kepada 140 darjah celcius dan masak bingka hingga perang.
- Sebagai panduan yang lebih jelas bolehlah masuk ke dapur Tok Chik kerana terdapat cara-cara step by step.Selamat mencuba dan terima kasih Tok Chik:)
1st time rasa bika ambon ni mase pegi Medan,indonesia.
ReplyDeletemas pernah makan sekali bika ambon ni...
ReplyDeletesedappp....
Cantik jadinya bika ambon tu...kalo dpt rasa lagi sedap kan CM??
ReplyDeleteTerkeluar air liur tengok kuah ni.
ReplyDeletewahh sedapnya bingka ni CM..tgk pun tau lembut jer lbh kurang mcm kek gula hangus jer rupanya yer..
ReplyDeletep/s: jemput singgah umah ambil poskad yer CM....tq:)
kak CM.. tun xpernah dgr pun ambun nih.. terasa jakun la pulak. hihi
ReplyDeletex pernah mkn ni..looks good plak..huu~ make me some..
ReplyDeletecuri resepi cikmanggis yg menggoda ni..
ReplyDeletehttp://adzriel.blogspot.com/2011/04/banyaknya-jenis-bingka.html