LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, April 2, 2011

Pulut Mangga



Salam dan selamat sejahtera.Sebenarnya Cm teringin sangat nak makan pulut durian tetapi terpaksa lupakan kerana ditakutkan oleh anak-anak . Cm ni ada masalah kolestrol.....mana boleh makan durian..hai rasa nak masuk batu belah batu bertangkup hehe....jadi terpaksa tukar selera dengan pulut Mangga.
Bahan-bahannya:
1 cawan beras pulut direndam beberapa jam atau jika mahu hasil yg lebih baik elok rendam semalam.
1/3 cawan air
2 tbsp santan pekat.
Secubit garam.
Gula secukupnya.
1 biji kelapa dikisar dengan 2 cawan  air mendidih.
Mangga secukupnya-kupas dan potong mengikut selera masing-masing.
Cara-caranya:
  • Pulut dicampur dengan 1/2 cawan air ,daun pandan dan secubit garam lalu  dikukus hingga lembut.
  • Kemudian gaulkan dengan 2 tbsp santan pekat dan kukus lagi hingga masak.Sejukkan.
  • Kelapa diblend dengan 2 cawan air panas  hingga halus.Tapis dan masukkan sedikit garam.Ketepikan.
  • Mangga dikupas kulit dan dipotong mengikut saiz yang anda suka.
  • Cara menghidangnya :Sendukkan pulut  ke dalam manggkuk yg sesuai dan aturkan buah mangga diatasnya.Sudukan sedikit gula.Akhir sekali baru tuangkan santan .Siap untuk dimakan:)

3 comments:

  1. Hi CM,
    Pulut durian tu nampak sedap. I selalu tak sempat nak buat pulut, manga dah kena baham dulu.

    By the way, Durian, ataupun apa-apa plant-based food, takde cholesterol. If anything, maybe fat content ataupun sugar level tinggi in Durian. Itu I tak pasti. Tapi, I'm very sure about the fact that only animal or animal-derived (like susu, yogurt, cheese, etc) ada cholesterol.
    On the other hand, Transfat (like in margerine) boleh naikkan cholesterol level lagi cepat dari saturated fat (like in butter).

    And yeah, dalam santan pun takde cholesterol, tapi dalam udang ada ;-)

    ReplyDelete
  2. aduhhhhh CM...menyelerakan sungguh pulut mangga tu....bagai nak menitik air liur ku ini...oh tidakkkkkk!

    ReplyDelete
  3. salam rindu kak...
    aritu masa ari pertama lapor diri kiter ader kat putrajaya... tak terhingat langsung nak bawak alamat akak... aduhhhh terkilan sungguh! (tipon ms tuh xde lg..iphone plak lom unlock).. ronda2 kat alamanda jer .. ader jugak blogger2 yg perasan.. tp sbb diorg tak tegur, kiter wat bodo jer la..hihihihi...

    ReplyDelete