LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, April 16, 2011

Nasi Goreng

Salam dan selamat sejahtera.Cuaca  redup je hari ini dan ada tanda-tanda hari nak hujan.Lupa pulak nak tengok ramalan kaji cuaca kat tv malam tadi.asyik dok tengok berita terutama perkembangan pilihan raya Sarawak yang berjalan pagi ini.Selamat mengundi pada sahabat-sahabat Cm yang berada di Sarawak.Jangan lupa keluar awal  mengundi tunaikan tanggung jawab sebagai pengundi ya.
Sebenarnya hari ini Cm menjalankan operasi membersih dan mengemaskini dua peti sejuk kat dapur tu.Satu untuk barang barang basah yang digunakan setiap hari dan yang satu lagi untuk simpan bahan-bahan baking Cm.Masyallah banyak juga barang-barang yang dan luput tempoh.Lain kali kena beli dalam skala yang sangat minima.Jangan tamak nanti membazir....membazir adalah amalan syaitan...ingat tu Makcikmanggis ya:) kadang kadang bila ke Yummy Bangi mata jadi silau melilau.Semua benda nak beli terutama tepung.Segala jenis tepung nak diangkut sampai Pakcik geleng kepala hihi.Kesian pakcik:)
Dalam banyak banyak barang dalam freezer terdapat satu tupperware nasi sejuk yang telah Cm bekukan beberapa minggu lepas.Tak ada tarikh luput ya..sendiri bikin.Jadi Cm gorengkan nasi tu dengan rencah-rencah yang ada kat dalam peti ais,Beberapa batang crab sticks,10 ekor udang dan sekor udang galah zaman perang Jepun hehe.Maka jadi lah nasi goreng.Sedap pulak tu(puji)
Tak payahlah letak resepi ya.Jika nasi goreng camni semua orang tahu nak masaknya.Cm hanya tumis guna bawang putih je.Tanpa cili atau bahan-bahan lain.Kemudian masukkan segala rencah dan tuangkan sedikit sos tiram,sos ikan ,kicap cap kipas udang,garam,gula dan lada hitam.Masukkan nasi.Gaul hingga sebati....Nampak tak potongan timun kat atas tu?hmmm itu lah timun hasil dari kebun mini kami.Tetapi agak pelik rupanya sebab berlubang di tengah-tengahnya.
Ini lah timunnya.Agak lain dari biasa sebab ada lubang ditengah-tengahnya.Ok Cm nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan bloggers yang sudi bagi awards kat Cm ni.terima kasih ya.Sebenarnya Cm segan nk terimanya kerana blog Cm ni hanya biasa biasa je.Rasanya jika tanya orang kat luar sana tu kenal tak blog Jom masak Jom makan ni...rasanya boleh dihitung dengan jari je tapi walau bagaimana pun Cm amat-amat menghargainya.Alhamdulillah.Sebenarnya Cm berblog sekadar suka-suka.Nak simpan segala resepi sebagai kenangan buat anak-anak Cm yang di kasihi.Mana lah tahu bila Cm dah tiada lagi ..bila mereka terkenangkan bondanya,boleh lah lihat kat dapur ni:) disamping itu jangan lupa mendoakan pada yang telah tiada..(apa apalah Cm ni kan)
Inilah poskad dari Nieza...terima kasih dan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 ya..masih baru lagi ni.Cm bakal menyambut Ulangtahun perkahwinan yang ke 30 tahun pada bulan Jun ni...hmmm dah nak jadi nenek ..insyallah rasanya hadiah yang paling bermakna sekali.... mendapat cucu pertama ketika menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke 30 thn hehe(berangan ni)
Dari love
Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah bagi awards .Cm minta maaf sebab ada yang tak sempat Cm ambik.Bila nak ambik dah lupa blognya..ada yang Cm dah saved tapi lupa nak tulis dari siapa..alamak orang tua memang camni la...maaf banyak-banyak dan jutaan terima kasih semua.....Terima kasih daun keladi.Ceria-ceria selalu:)

7 comments:

  1. Alhamdulillah..seronoknyalah..merasa hasil tanaman dari kebun sendiri...

    ReplyDelete
  2. apa nama timun tu ye? tak pernah nampak

    ReplyDelete
  3. amboiii..berulamkan timun yerkkk....
    sedappnya tengok nasi goreng tu..
    hujan2 gini perut lapar jerk kan...

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..sedap nampak nasi goreng CM tu..nak sepinggan boleh..

    ReplyDelete
  5. salam rindu opahhhhhhh... hihihi... sedap nengok nasik goreng akak... sejak blk mesia nih br dua kali makan nasik goreng,, tuh pong made in kedai! hihihihi

    ReplyDelete
  6. Hope CM feel much better! Tukang siram ada miss siram tak;-).

    ReplyDelete
  7. Kalau sayur hasil dari tanam sendiri rasanya sedap.Lepas ni bolehlah cm tanam sayur lain pula.

    ReplyDelete