LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, April 15, 2011

Kuih Seri Muka Durian

Salam dipetang Jumaat yang mulia.Alhamdulillah syukur pada Yang Maha Esa kerana memperolehi kesihatan yang baik.sihat itu rezeki,anak-anak itu rezeki....dapat berlindung didalam rumah yang selesa ini juga merupakan rezeki..Alhamdulillah...

Sudah lama nak cuba resepi Seri muka Durian ini.Dapat bayangkan enaknya bau durian:)Aaahhh sungguh sedap...betul tak tipu:)....Terima kasih pada Madiha sebab Cm ambik resepi dari dapurnya.

Bahan-bahannya:

Bahagian bawah:
250 gm beras  pulut-cuci dan rendam 1 jam.
170 ml santan cair
1/2 tsp garam
2 helai daun pandan.

Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas dan masukkan kedalam loyang yang dilapik dengan plastik.Kukus hingga masak.Keluarkan daun pandan.Tekan-tekankan  hingga pulut padat atau mampat.

Bahagian Bawah:
150 gm isi durian.
3 biji telur
375 ml santan pekat.
35 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung.
125 gm  gula.
1/2 tsp garam.
Sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam blender dan blend hingga sebati.
  • Tapiskan kedalam periuk dan masak sekejap dengan api perlahan dan hendaklah selalu dikacau agar tidak berketul-ketul.Bila hampir mendidih angkat.
  • Tuangkan kedalam loyang yang mengandungi pulut dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak buka penutup kukusan dan biarkan kuih dalam pengukus diatas api selama 20 minit baru diangkat.
  • Apabila kuih betul-betul sejuk barulah dipotong.
*Semasa Cm potong kuih ni belum betul-betul sejuk sebab dah tak sabar nak makan:) jadi potongannya kurang kemas.Selamat mencuba.

7 comments:

  1. sedappkan cm serimuka doyan ni..
    mas pun suka....

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya nengok seri muka doyan akak ni...dah byk dapur dah saya dok tgk kuih seri muka doyan ni bila lak nk sampai dapur saya yer..hehe

    ReplyDelete
  3. kak saya copy paste dulu dlm draft.. macam best je

    ReplyDelete
  4. selamat petang cm, dengar nama saja kuih ini pun sudah tertarik! pasti sedap!!

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum Cm..
    Sini pun dh Ada serimuka doyan ni ye...sedap nampak..

    ReplyDelete