LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 3, 2011

Bubur Lambuk Trengganu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bubur lambuk Trengganu agak unik jika dibandingkan dengan bubur lambuk biasa.Macam macam daun ada didalamnya.Tetapi jika Cm masak bubur lambuk Trengganu ni Cm hanya masukkan 3 jenis daun iaitu daun paku midin merah ,pucuk paku hijau biasa dan daun kesom.Anak lelaki yang  kecik ni tak suka bau daun-daun yang pelik katanya.
Bahan-bahannya:
1 cawan beras.
6 cawan air.-jika nampak agak pekat boleh tambah air lagi.
1/3 cawan santan.
1 tbsp udang kering.-yumbuk halus
10 ekor udang segar.
1 ekor ikan kembung-panggang ambik isinya.
4 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 batang serai-ketuk
1 inci halia.-tumbuk
1 tsp serbuk lada hitam.-tumbuk
2 tbsp kerisik.
1 tbsp budu.
garam secukup rasa.
Sedikit gula(optional)
Daun keson.
Pucuk  midin.
Pucuk paku
Daun Sup-untuk tabur.
Bawang goreng.
Cili masak-untuk hiasan.
Cara-caranya:
  • Masak nasi hingga jadi bubur.
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk,serai,isi ikan,udang,budu,garam,gula,kerisik ,budu dan santan.
  • Kacau hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan pucuk paku,pucuk midin dan daun kesom.Kacau hingga sebati dan biarkan beberapa minit.Boleh lah dipadamkan api.
  • Masukkan dalam manggkuk yang sesuai.Taburkan dengan bawang goreng,daun sup dan cili potong.Siap:)

Nota:Daun kaduk,daun kunyit,cekur manis,kemangin dan kangkung sesuai untuk dimasukkan kedalam bubur lambuk Trengganu .

6 comments:

  1. cm, sedapnya bubur lambuk tu.....
    mas nak semangkuk....he..he..
    lama dah tak makan bubur lambuk..

    ReplyDelete
  2. ooo letak kerisik ye kak.. Bubur lambuk Johor tak lah pulak cam tu..

    ReplyDelete
  3. SALAM..
    nampak cam nasik bubur je kan..?
    sama macam negeri lain..saya paling
    pelik masakan terengganu ni ialah
    laksa terengganu..makan dengan tangan?

    ReplyDelete
  4. Mas..selalunya tunggu bulan puasa baru masak bubur lambuk ni.

    ReplyDelete
  5. Yan..bubur lambuk trengganu ni lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  6. Zulkbo..memang makan dengan tangan.Dan makan belacan mentah dgn laksa hehe..boleh la nak cuba:)

    ReplyDelete