LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, April 3, 2011

Cakoi

Assalamualaikum dan selamat petang.Hari ini "terajin" la pulak.Untuk minum petang kami berdua(hubby) Cm buat kuih cakoi.Anak-anak dan menantu keluar pergi ke Ikea...hmmm tempat yang paling Cm elakkan kerana ramainya orang sampai naik semput.Perjalanan yang jauh pulak tu..tak sanggup:( tapi Ikea menjadi pilihan anak-anak muda yang baru nak bina kehidupan sendiri.katanya sesuai dgn selera orang muda.....
Berbalik pada cerita cakoi ni,selalunya bila kita kunyah ianya agak liat-liat sikit tapi kali ini cakoi yang Cm buat rasa ala-ala donat yang ranggup.Sedap bila dimakan ketika masih panas.Terima kasih pada Nieza kerana sudi berkongsi resepi ini...Terima kasih Nieza Cm minta izin C & P ya.Minta dihalalkan ya...

Bahan-bahannya:
400 gm tepung gandum.
1 biji kuning telur.
1 cawan air.
1 tbsp marjerin cairkan(melted)
1 tsp garam.
3 tbsp gula halus.
1 tbsp susu pekat manis.
2 tsp yis segera.
1/2 tsp soda bicarbonat.


Cara Membuatnya :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

12 comments:

  1. cm...ayah mas selalu buat cakoi tau..
    mas jerk yg tak pernah buat lagi..
    boleh try resepi ni...nampak cantik jerk cakoi tu...

    ReplyDelete
  2. kite bru lps mkn..tp nak sikit bleh? :)

    ReplyDelete
  3. salam sis..tenkiu tenkiu for the recipe..merata carik nih hehe

    minta izin copy resepi yer sis..

    salam ukhwah, i link u yea ..*hugsss*

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum CM,sorry lambat sampai sini weekend yg membusykan tak sempat nk online pun..btw tq sudi mencuba...cantik cakoi CM ni..sedapkan lembut jerkan..nieza pun suka cakoi ni.

    ReplyDelete
  5. salam mas..mas minta lah resepi dengan ayah mas dan kongsi la dengan kami.Teringin sangat nak minta resepi orang dulu-dulu.

    ReplyDelete
  6. Datin el..eh datinnn..mai umah boleh kita borak-borak.

    ReplyDelete
  7. Achik..salam Achik:) selamat kembali.

    ReplyDelete
  8. green jade..salam.Selamat berkenalan:)

    ReplyDelete