LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, February 13, 2011

Nasi Goreng Kandar

Salam dan selamat sejahtera.Kadang-kadang kita jadi buntu tak tahu nak masak apa untuk makan malam atau makan tengahari.Asyik ulang tayang resepi yang sama pun jemu jugak.Jom sekali sekala kita tukar selera nasi goreng...nasi goreng cina,nasi goreng pataya,nasi goreng ikan masin...semua tu dah selalu Cm masak.Apa kata kita masak yang agak berlainan dari biasa......
Nama resepi asalnya KEDGEREE   tapi banyak bahan yang Cm  telah ubah(apa yg ada dlm peti ais)  jadi Cm ubah jadi Nasi Goreng Kandar.Ayah dan anak serta menantu angkat dua ibu jari kaki tangan dan bagi markah yang tinggi :)Jom kita lihat bahan bahannya.

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi sejuk
1 potong ikan tenggiri jeruk-goreng garing.
2 ekor ikan selar/kembung-bubuh garam kunyit dan goreng garing.
8 biji kacang panjang -potong bulat -kecil.
3 biji telur-rebus dan belah empat.
1  biji buah tomato-potong kecil.
2 tangkai daun ketumbar.
1 tbsp biji sawi
1 tangkai daun kari(tak bubuh)
2 tbsp serbuk kari ikan.
Minyak untuk menumis.
1 labu bawang besar-potong dadu.
4 ulas bawang putih-tumbuk kasar.
2 biji cili masak -potong bulat.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak jagung.Tumiskan bawang merah dan bawang puting hingga naik baunya.
  2. Masukkan biji sawi dan serbuk kari.Masak hingga wangi.
  3. Masukkan isi ikan goreng dan ikan masin.Kacau hingga rata.Masukkan nasi dan gaul hinggasekata.
  4. Kemudian baru masukkan kacang panjang,daun ketumbar  dan buah tomato.Gaul  hingga rata dan masukkan garam serta  gula secukup rasa.
  5. Siap dan hidangkan  dalam bekas yang sesuai dan aturkan diatasnya  potongan telur rebus,daun ketumbar dan hirisan cili masak.Siap:)
Nota:Terima kasih pada Atiqa kerana memperkenalkan resepi ini:) ....nanti nak cuba guna beras Basmathi.Baru cantik:)

    16 comments:

    1. sedappnya nasi goreng...
      nak sepinggan cm..he..he..

      ReplyDelete
    2. Mas..hehe alamak baru cuci mangkuk:)

      ReplyDelete
    3. Wow...such a flavoured fried rice! Sedapnya kak...nak join! :D

      ReplyDelete
    4. terliur la tengok nasi goreng ni.. nor copy & save dulu resipi ya.. tq.. mmmmmmmuah :)

      ReplyDelete
    5. Nangisl la mamak tengok resepi ni...........

      ReplyDelete
    6. sedapnye akak...lain dr yg lain sbb ade serbuk kari kat dlm tu...

      ReplyDelete
    7. memang selalu pening kepala mikirkan apa mnak masak. TQ ck kerana resipi ni. Akan dicuba.

      ReplyDelete
    8. tgk pun dah terliur....kalau dekat leh mintak semangkuk...

      ReplyDelete
    9. interesting la nasi cam ni..nak kena try ni..tengok bebaan tu dah tau dah sedap kejadian nasi ni nanti..hehe

      ReplyDelete
    10. Nak kena cari ikan masin tenggiri kat Asian groceries ni. Sodap betul nampak nasi tu.

      ReplyDelete
    11. Wah ni kalau semua angkat jari bagi markah tinggi mesti la sedap ni Cm... buat goreng macam ni tak payah buat kuah dah senang :)

      Ijan

      ReplyDelete
    12. waah sedapnye nmpak..leh try ni cikmanggis! tukor angin masak mamak style lak!

      ReplyDelete
    13. Recepi lain dari biasa,kena cuba ni.

      ReplyDelete
    14. Salam CM. Amboi2 sedap nya nampak. Org Utara cam Along ni kalau dengaq kandaq2 ni, memang laju jer mai... meh nasi sekandaq...hehe

      ReplyDelete