LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, February 22, 2011

Kari Udang Galah.

Salam dan selamat tengahari semoga ceria ceria selalu.Cuaca dah mula panas.Tadi semasa menunggu atiqa dalam kereta kat Anjung putrajaya rasa cam nak meletup kepala.Benggang dan berdenyut denyut kerana cuaca terlampau panas.Masalah kat Anjung ni adalah parking.Berpusing pusing cari parking tak jumpa jumpa.Akhir sekali balik rumah tunggu Atiqa call baru datang balik.Atiqa ada hal kat kementerian kesihatan.Nak lapur diri. Agaknya dah jemu dok terperap kat rumah.Dah cukup rehat tu:)..Cm selalu usik beliau agar cepat cepat kerja takut lupa nak ambik darah pesakit sb lama sgt cuti...hehe katanya dr tak ambik darah mama...misi yang ambik darah :)
Yang ni pulak adalah "ubat" kolestrol.Dah lama tak makan udang "besor"pedulikan lah kolestrol hari ni hehe.Hari ini Cm dah mula makan nasi dari beras rebus.Dulu pernah makan dan stop sebab dah jemu tapi kali ini harap ianya akan berterusan.Nak kena disiplinkan diri jika nak sihat.Cm masak udang ni untuk anak anak je.Jika teringin makan lah 1/3 dari sekor  udang ni agar tak kempunan.Kan masuk batu belah batu bertangkup pulak:)
Jika udang XXL ni masak apa saja pun sedap tapi Cm lebih suka jika dimasak kari.Ala ala mamak gitu.Terima kasih pada Ika kerana Cm C&P resepi dari dapurnya.Mana perginya Ika ni lama btol tutup dapur.Walau pun tak ada tuan kat rumah tu Cm tetap setia singgah mencari resepi.Terima kasih Ika.


KARI UDANG GALAH

Bahan2
  • 600g Udang Galah
  • 2cm halia*
  • 3 ulas Bawang merah*
  • 2 ulas Bawang putih*
  • 3 sb Serbuk kari+air=pes kari
  • 1-2 Serai (ketuk)
  • Asam kandis/gelugor/asam jawa secukupnya
  • Garam dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa
  • 1-2 sb pati santan>>yg ni tak masukkan
  • Minyak dan Air secukupnya


Cara:
  1. Bersihkan udang galah,cuci dan toskan.
  2. Tumbuk bahan2 *,panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk bersama serai sehingga wangi
  3. Masukkan pes kari dan kacau goreng sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak
  4. Masukkan asam gelugor dan udang,kacau sekata.
  5. Setelah udang kelihatan kemerahan baru masukkan air sehingga paras udang.
  6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula
  7. Biarkan renih seketika dan setelah udang masak barulah masukkan pati santan
  8. Masak lagi sebentar sehingga mendidih keseluruhannya dan padamkan api.
**Cm tambah daun kari , cili kisar sikit dan lebihkan serbuk kari.

21 comments:

  1. As Salam CM,
    Aduhh sakitnya kaki tengok udang besar tu...
    eee kena pantanglah nampaknya,jgn pantang nampak sudahlah merana badan dibuatnya..

    ReplyDelete
  2. Salam tengah hari CM,

    hmmm...tengok udg gedabak hati pun jadi dap dup dap dup....nak mkn terpaksa lupakan cik kolestrol kejap...hehe...nur pun suka udg...tiap2 minggu pi pasar mesti beli udg..udg ni boleh di pelbagaikan resipinya...tu yg nak kena simpan stok.

    Nur dah terliur ni tengok kari CM tu....meh kita rebut sorang satu boleh?

    ReplyDelete
  3. tu diaaaa...
    sedapnya cm..
    boleh tengok je la.huhu

    ReplyDelete
  4. salam kenal CM...

    sukanya tengok udang besor, tapi tak boleh nak makan, tgh pantang udang ni...huhu, telan air liur jela..

    ReplyDelete
  5. Ish..besarnya udang tu...as big as the bowl!Beras rebus tu apa kak?

    ReplyDelete
  6. perrhhh...CM...udang galah wat kari...
    sedapp tu...

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan ke tengok udang besar masak kari? yummy...

    ReplyDelete
  8. Wah sedap nye masak kari udang beso tu cikmanggis, kecur air liur dibuat nye! Tapi tu la tak leh nak makan selalu kan..naik kolestrol nanti!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam..
    besonya udang dia..
    ermmm..puas hati makan tu
    lepas jenuh menggaru nih
    he he..la la

    ReplyDelete
  11. assalam CM ..betul la tu keja misi ambik darah...nieza ni dh lama tak jadi dracula ambik drh org....hehe lelama lupa lak nk cucuk...haha btw terliur nengok udang galah tu...dulu masa hubby posting bangladesh setiap hari dapat mkn udang galah tapi sejak dok sini mahal la nk beli...dan jarang nk jumpa pun.

    ReplyDelete
  12. sedap nyaaa.. baru lepas makan udang besar2 ni dgn lobster lagi... Kolestrol malas nak tgk..heee

    ReplyDelete
  13. Bestnya Udang besar. Saya pun hari tu asyik tiap hari makan seafood buat kaki sengal-sengal dan kepala pening.

    ReplyDelete
  14. kari udang..teringat kari udang nasi kandar line clear..mesti rasa pun serupa cm punya ni..

    ReplyDelete
  15. Sedapnye..sedapnye...udang galah...puas hati kalau dpt makan ni..

    ReplyDelete
  16. salam cm, lena suke makan udang and lauk ini nampak sedap, pasti menyelerakan!

    ReplyDelete
  17. Zla..Salam La apa khabar?lama tak nampak :)kemana menghilang.Sebenarnya Cm hanya pandang je udang tu:(tak berani nak makan.

    Nuridah..salam Nur.Udang mg sedap tak kira dimasak camana pun tapi kesan sampingan juga banyak.Kena pejamkan sebelah mata jika nak makannya:)

    izahdaut..boleh tengok tp tak boleh makan hehe.sabor je.

    Ladysirna..terima kasih kerana sudi singgah.Cm pun pantang jugak tahu..pantang nampak hehe.

    shereen..hai dear:).beras rebus tu adalah brown rice .Cm yg bagi nama sendiri hehe.(pandai-pandai)

    Mas..mmg sedap mas:)

    ReplyDelete
  18. Zaiyun..salam zai.Mmmg yum yum

    p3chandan..ar ah..btol tu..masalah kolestrol la ni:(

    Zulkbo..hehe garu jgn tak garu

    Nieza.hehe lama lama cuti nnti lupa camana nak ambik darah ...nanti balik Msia boleh lah makan udang banyak banyak ya:)

    Yan..seafood mmg tinggi kolestrolnya.

    Malay-Kadazan girl..jangan makan selalu.Sekali sekala ok .

    Topsyturvymum...Cm pun teringin nak makan nasi kandar line clear.Walau pun kedai dicelah celah bangunan tapi sedap!!dan boleh bayar guna credit card tu:)

    ReplyDelete
  19. Naz..mmg puas)

    Lena..selamat sejahtera lena..mmg menyelerakan :)

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam..ktne nk beli udang galah frozen/hidup tu? harap dapat bantu. tq

    ReplyDelete