LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, February 24, 2011

Air Barli & Nostalgia

Salam dan selamat sejahtera.Cuaca panas hingga ke malam.Kering kerongkong dan haus rasanya.Sudah beberapa hari anak Cm Atiqa minta Cm masak  air barli... baru hari ini dapat buat.Bukan susah pun masukkan dalam pressure cooker tunggu 20-30  minit dah siap..Kesian lihat "mak buyung" ni hehe.Terkenang zaman dulu dulu semasa hamil anak pertama teringin nak makan macam -macam  tapi tak kesampaian kerana tinggal merantau jauh dari keluarga.

Semua anak anak Cm masuk asrama penuh ketika didalam tingkatan empat.Kemudian masuk kolej Ib 2 tahun sebelum ke Luar negara jadi agak jarang dapat berbual bual atau berdua duaan seperti sekarang ini.Bila habis belajar anak anak terus bekerja ....sibuk memanjang jadi sebelum Atiqa mula bekerja kami ada masa untuk pot pet pot pet .....jap baik ..jap merajuk..jap kecik hati pastu baik balik hehe....ok la.... jom lihat camana nak masak air barli cara cepat:)

1 cawan biji Barli -cap ayam
Air secukupnya.
2 helai daun pandan.
Sedikit gula-agak agak manis buah.
Cara-caranya:
Masukkan kedalam pressure cooker dan masak selama 20-30 minit.Siap untuk diminum panas atau sejuk.
Gambar dulu-dulu......hai lama sungguh gambar-gambar ni.......kebanyakan kawan-kawan dah jadi nenek ....dan ada diantara guru guru ni telah tiada lagi.....al fatihah buat yang telah  pergi buat selama-lamanya.Jasa mu sentiasa dikenang..... Allah sajalah yang dapat membalasnya.

11 comments:

  1. Minum air bali ni orang kata sejuk kan cikmanggis. Gambar sekolah kat mane tu macam penah tengok...kot-kot la...saje tanye

    ReplyDelete
  2. Salam Cm..
    Wah..lama rasanya tak minum air barli..Macam teringin pulak bila tengok air tu..

    ReplyDelete
  3. ohhhh dewan itu sungguh menggamit kenangan. Teringat pada pementasan drama mahsuri dimana daku menjadi samsengnya.. adui.
    cm yang mana satu. teringin nak ingat dan kenal.

    o ya.. zainah tu dah lama tak jumpa. tak taulah mana ek..

    ReplyDelete
  4. mas suka air bali...
    sedapp kan CM....

    ReplyDelete
  5. salam cikmanggis,
    Air barli ni mmg kegemaran saya, 3 hari lepas direct setiap hari saya minum barli,kadang2 saya masak sendiri barli tu lagi laaa puass minum. Bagus untuk buah pinggang juga

    ReplyDelete
  6. salam cm.. memang sedap n selesa perut.. blh bantu masalah buah pinggan aka kencing kotor selain menyejukkan badan.. erma pun suker..

    ReplyDelete
  7. Aha...I minum banyak air barli dulu, sama brand ayam itu. Mak selalu masak. Dia cakap bagus untuk buang panas and bersihkan 'kidney'. Dah lama belum masak ini. Mesti beli barli lah. Hope you have a wonderful day! MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  8. air penyejuk badan...tp xbape suke sangat...hihi

    ReplyDelete
  9. Serba salah pula kat suami demam tapi isteri terpaksa pejam mata je sebab nak kena pulun buat kerja sekolah sampai ke pagi tak tidur sebelum anak bangun. Nantilah buatkan air barli sejuk sikit hatinya kut. Terima kasih bagi idea.

    ReplyDelete
  10. Salam CM, hmm, gadis ayu yang mana CM agaknya? :) Terkenang zaman sekolah dulu, tapi gambar kita moden sikit, ada warna. (just joking!) Sedap air barli, belum lagi jumpa barli cap Ayam tu kat sini.

    ReplyDelete