LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, January 9, 2011

Kebun

Salam dan selamat sejahtera.Setelah habis tanaman sawi dihanyutkan air hujan maka hari ini Cm dapat idea baru....tanam sayur dalam polystyrene.Terima kasih Diana kerana bagi idea yang sungguh baik:) dan sanggup ajar Cm bagaimana nak tanam pokok dalam polystyrene ini.Semasa ke pasar pagi tadi Cm ambil 2 kotak dulu sebagai permulaan hehe.tebalkan muka pergi ke tempat sampah semata mata nak kutip kotak ni:)
 Terima kasih juga pada En.H dan puan Ros  kerana tolong simpankan 1 plastik besar tahi kambing untuk kebun Cm.Dan ini pula  lokasi baru untuk projek tanam sayur dalam polystyrene.hehe

Yang ni pulak tuan baja :)


Terima kasih pada Puan Ros  sebab hadiahkan Cm pokok kucai ni.

Oh ya ..kawan Cm ni (Puan Ros dan En.H) mempunyai hobi yang sungguh menarik iaitu menghasil kan enzymes  dari buah buahan.Macam macam buah yang ada didalam balang ini.Ianya mengambil masa bertahun tahun untuk memperolehi hasilnya.
Antara yang menarik perhatian Cm ialah enzymes yang dihasilkan dari buah betik dan nanas.Ia kelihatan seperti madu lebah dan rasa serta baunya  pun memang seperti madu lebah yang asli.Menarik sungguh tapi Cm tak sanggup nak tunggu begitu lama untuk dapatkan hasilnya:( ..cara-caranya sungguh senang sekali.Buah betik  hendaklah di cuci hingga bersih dan toskan hingga kering.Betul betul kering.Kemudian potong kecil dengan kulitnya sekali.Kemudian masukkan kedalam balang kaca yang bersih.Tutupkan kemas kemas dan biarkan ianya reput sehingga ianya mengeluarkan enzymes dan tiada bentuk buah atau rupa asal. lagi.Mengikut kata En.H enzymes ini mempunyai khasiat untuk kesihatan.

12 comments:

  1. salam cm...x sabar nk tgk garden cm ni...:))

    ReplyDelete
  2. How long nak tunggu reput buahnya tu untuk dapatkan enzymes?Apa kebaikan those enzymes.Heard of it but malas nak google!

    ReplyDelete
  3. Salam CM, datang tgk kebun CM ni...bestnyer...tuan baja tu lak comei jer..hehehe

    ReplyDelete
  4. cm, kalo tanam dalam kotak tu cemana dengan pengudaraan bawah tanah? ok tak? dulu pernah tanam dalam kotak tapi lepas tu batang pokok jadi reput sebab terlalu banyak serap air bertakung - kawan kata sbb takde pengaliran udara dari bawah kotak tu :(

    ReplyDelete
  5. Rajin nya kak CM.. Saya dah tak de mood nak bercucuk tanam ni..

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak..skang ni musin hujan mmg elok bercucuk tanam

    ReplyDelete
  7. yuhoooo ilah dtg jengokkk kebun kak cm niii... ilah pun baru balik dari melaka.. tadi ptg.. kat sana ilah tanam pokok2 kelapa dekat 10 biji kat kebun getah.. kat tanah lot tu ada 2 biji benih kelapa mawar.. anak2 pokok pisang byk juga laa.. dah selamat kak.. sbb pagar dah siap.. B*** utan tak leh masuk lagi...pkok pandan ilah tanam supaya halang hakisan , nanti ilah tunjukkan ya...

    kwn kak cm tu pandai yaa.. pastu ada kemben lagijelesy ilah tgok.. hehee.. org melaka kata kalau pusar kat kepala ada 2 bela kamben jadikkk.. kob ada...heheee leh bela kamben laaa ..

    ReplyDelete
  8. salam kak....
    sungguh gigih tgk akak berkebun...klu kite tak tau la tahap mana kesabarannya... hihihihi

    ReplyDelete
  9. Oh inilah kambing yang berjasa ni. Perlu kesabaran banyak buat enzyme ni. Nanti nak beritahu mak cuba buat sebab buah betik dekat rumah mak tak termakan. Kalau musim hujan mungkin kena buat lubang besar dekat bawah polystyrene takut banjir pula dalam bertakung.

    ReplyDelete
  10. Semangat betul cm nak berkebun ni sampai sanggup selongkar tempat sampah tapi apa2 pun kesihatan harus dijaga.

    ReplyDelete
  11. Salam makcik. Maaf kerana dah tidak kunjung dapur makcik...sibuk packing ni. Kesian sawi makcik tu :(

    ReplyDelete