LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, January 28, 2011

Green Peas Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Wah...lamanya tak buat apa apa posting.Selepas  majlis pertunangan Angah tempohari Cm ni busy yang memanjang hingga tidak sempat nak berblog.Hari ni Cm mula buat biskut raya...biskut raya cina.Setiap tahun Cm sekeluarga akan meraikan sambutan tahun baru Cina bersama sama keluarga mertua di Pahang.Tahun ini akan bertambah meriah kerana anak dan menantu akan mengikuti rombongan "cik Kiah" ke kampung suami.My mil dah lama dok sebut sebut nak jumpa cucu menantunya hehe.Tambahan pulang my mil bakal menerima cicitnya yang pertama tidak lama lagi:)
Ok lah ...Cm nak cerita pasal biskut yang selalu ada kat rumah my mil setiap kali sambutan tahun baru cina iaitu biskut kacang tanah dan biskut kacang hijau.Biskut kacang tanah ni memang selalu Cm buat tapi biskut Green Peas  merupakan kali pertama Cm buat sendiri.Anak lelaki bongsu Cm angkat dua ibu jari tangan menandakan sangat Yummy hehe.Terima kasih pada Lena dari blog frozen wings kerana sudi berkongsi resepi yang enak ini.Dari segi rupa ianya kurang cantik kerana Cm terlebih bakar tapi rasanya sungguh enak kerana sangat raggup. Bila kita kunyah terasa biji biji halus kacang peas  tu...sedap:)Insyallah Cm akan buat lagi esok.Hari ini saja nak test dulu jadi Cm buat satu adunan dan dalam masa beberapa jam saja anak bongsu Cm makan hampir licin:)
Bahan -bahannya:
130 gm tepung kacang peas(beli kat kedai )
150 gm tepung gandum.
Secubit garam halus.
100 gm gula ising.
100 gm minyak kacang tanah(Cm tambah sikit sebab sukar untuk diterap.Peroi)
Cara-caranya:
  • Campurkan semua bahan bahan diatas dan gaul hingga sebati kecuali minyak kacang tanah
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga dapat di gelek dan diterap mengikut acuan yang digemari.
  • Bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 170C selama 15-20 minit atau hingga masak.
  • Biarkan biskut betul betul sejuk baru disimpan didalam bekas yang kedap udara.

7 comments:

  1. baru minggu lepas ... pegi kelas ... belajr biskut ni ... senang mudah ...sedap ....

    ReplyDelete
  2. salam makcik,
    aku datang pagi2 ni.. nak cari sarapan kat sini.. hahaha
    makcik masak ape hari ini?

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...semoga cuti panjang CNY ni dapat berkumpul ramai-ramai dengan family.

    ReplyDelete
  4. saya lambat cm tahu ni..patut la banyak menu chinese food kat rumah cm..rupanya ada keluarga campur..tentu seronokkan...hehe..sedapnya tengok bsikuuttt

    ReplyDelete
  5. wkslm kak cm cyg...
    kita berdua ni sama2 dpt vitamin R kan kan..
    best la kak dpt smbut 2 raya dlm 1 thn.
    kami pun kawen campur juga ni hihi org kedah makan belacan dan org melaka makan cencaluk..
    susah juga kak.. kita makan kari dia makan asam pedas.. kita makan ulam dia kata makan mcm kambing makan...huhuuu..memula kawen mmg susah..la ni dia yg jadi kambing makan ulam2..kelakau la kob tu kak..maaf ya ilah kongsi pglman juga ni..

    ReplyDelete
  6. Assalam kak nah ,kak nak sekut ni sedap aritu time beraya kat umah makcik hubby asyik angkut je sekut ni sedappppp

    ReplyDelete
  7. Salam rindu CM, waaah dah panas enjin balik yea..biskut green peas ni Ummi mmg suka, adik ipar selalu bawak balik kalau raya...Ummi yg mkn byk..hahaha..dah ada resepi ni, nnt nak try laa..thanx sudi share yea CM..

    ReplyDelete