LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, December 7, 2010

Sayur Campur Akar Teratai

Salam dan selamat sejahtera.Setiap kali balik Bentong Cm akan beli akar teratai(Lotus Root) kegemaran suami.Pada mulanya Cm tak tahu nak makan dan nak masak sayur yang begini sebab tak pernah makan.Setelah beberapa kali mencubanya akhirnya dah biasa dan "jatuh" cinta :)
Jika masak sayur campur begini anak anak akan ketepikan akar teratai ni dan makan sayur sayuran yang lain.Suami Cm yang akan menghabiskannya:)...

Bahan-bahannya:
1 ketul kecil akar teratai-buang kulit dan potong bulat.
10 biji kacang pea
1/2 biji lada benggala kuning-potong kecil
1/2 biji lada benggala merah-potong kecil
1/2 biji lada benggala hijau-potong kecil
7 ekor udang segar
4 kuntum cendawan shitake yang segar-potong kecil
3 biji sengkuang cina-kupas kulit dan potong bulat.
1 labu bawang besar-potong bulat.
1 tbsp sos tiram
1 tsp minyak bijan
1/2 tbsp tepung jagung
1/2 tsp lada sulah
4 ulas bawang putih-tumbuk kasar
Sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan udang dan kacau rata.
  • Masukkan semua sayur-sayuran diatas .Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah serta sos tiram.Letakkan sedikit air dan masak hingga kuahnya mendidih mendidih.
  • Akhir sekali bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan minyak bijan kemudian curahkan kedalam sayur goreng tadi dan biarkan mendidih sekejap dan kuahnya pekat..Siap untuk dihidangkan.

8 comments:

  1. kat pasaraya umah saya ni mmg banyak jual akar teratai ni..tak pernah beli pon..apatah lagi makan..tp nampak mcm sedap.. terus masak mcm sayur biasa yer (slps buang kulit dan potong)..tak payah rebus dulu??

    ReplyDelete
  2. Noorma..sepatutnya selepas tumis bawang putih masukkan akar teratai dulu tapi Cm masukkan semua sekali gus.Tak payah rebus sebab sayur ni sedap dimakan jika ianya ranggup:)

    ReplyDelete
  3. org jepun suka makan akar teratai nih.. tp org melayu yg duk jepun nih jakun benar nak msk sayur nih.. maybe sbb dier org melayu bukan jepun tapi bukan duduk di mesia.. erkk... apa ckp nih! kikikiki.... mintak sket kakkk... nak rasa! hihi

    ReplyDelete
  4. Salam makcik, amboih sedap sayur tuh, terliur den. ;)

    Actually sy tag makcik tuk segmen bloglarian
    http://pludcorner.blogspot.com/2010/12/bloglarian.html

    ReplyDelete
  5. hana..hehe hmmm sebab,kerana,bagaimanapun ,maybe kihkih..jom makan umah opah..ada dua tiga ketoi lagi sb atuk dah makan:)

    ReplyDelete
  6. miera..ala maaf ya..makcik baru buka dapur ni.Terima kasih ya.Jap lagi makcik ke rumah miera:)nak tengok keja"sekolah" tu .Makasih

    ReplyDelete
  7. hi cm, this looks colourful and healthy too! Di restaurant cina pun ada hidang sayur dekat macam ini.

    ReplyDelete
  8. salam..
    xpyh rebus dlu ker akar teratai nie??
    huhu

    ReplyDelete