LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 9, 2010

Lopes Bunga Telang

Salam dan selamat sejahtera semua.Pagi ini Cm nak tayang projek kuih yang di buat malam tadi.Kuih Lopes Bunga Telang adalah  salah satu kuih kegemaran Cm dan suami.Jika makan kuih ni..hmm macam berlumba-lumba hehe.Semasa balik kampung tempohari Cm ada belikan seikat daun buluh segar dari pasar pagi Bentong.Rasanya belum jumpa lagi di mana mana pasar malam.

Jika pulut dibalut dengan daun buluh ianya sangat kemas dan tidak mudah pecah atau terburai semasa merebusnya.Tapi jangan lupa kena ikat kemas kemas dengan tali.Lopes yang dihasilkan mempunyai bentuk  tiga segi yang cantik dan rasanya agak kenyal.

Bahan-bahannya:
10-15 kuntum bunga telang-rendam dengan air mendidih .
3 cawan tepung pulut.
Daun buluh secukupnya(cm guna 18 helai terpulang pada saiz daun)
Sedikit garam
Sedikit air kapur
Tali untuk mengikat.
Air yang mencukupi untuk merebus
1 biji kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam(Cm panaskan sekejap dalam micro oven)


Cara-caranya:
  1. Bersihkan daun buluh kemudian celur dengan air mendidih selama 3-4 minit.Lapkan hingga kering.
  2. Rendam beras pulut bersama air bunga telang selama 3-4 jam.Kemudian toskan.Oh ya jangan lupa panaskan air hingga mendidih dalam periuk yang sesuai dan masukkan garam dan sedikit air kapur.
  3. Buatkan kelongsong dengan daun buluh tadi dan masukkan beras pulut hingga padat.Bungkus dengan kemas dan ikat.Lakukan hingga pulut habis dibungkus.
  4. Rebus pulut dengan air yang mencukupi selama 2-3 jam.
  5. Biarkan betul-betul sejuk baru dibuka balutannya dan di golekkan keatas kelapa parut.
  6. Hidangkan bersama sirap pekat gula melaka.
Selamat mencuba:)

11 comments:

  1. waduh cikmanggis..my feveret nih..pulut la katakan!! hehe..eh lupa nk tanya psl kek breadcrumb tuh..bolehke klu nk ganti breadcrumb tu ngan tepung agaknye ek?? sbb kt umah xder stok breadcrumb nih..hehee!

    ReplyDelete
  2. Salam CM,
    Kuih lopes mmng kegemaran yatie ni...satu kelainanlah guna bunga telang...nmpk menyelerakan tul...

    ReplyDelete
  3. salam cm...
    suka juga mkn kuih lopes.. tp belum pernah cuba buat sendiri.. ada juga berangan nk buat kuih lopes yg biasa tu.. yg warna hijau.. tp lom kesempatan lg... hehe.. lopes bunga telang ni ada kelainnannya... teringat pula kat pulut taitai... kalau pulut2 ni mmg kesukaan...

    ReplyDelete
  4. suka makan tapi tak pernah cuba nak buat..pelik gak tgk lopis warna camni.

    roti canai..lamanya dah tak buat..

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah n salam kenal cikmanggis

    Kuih kesukaan akk juga ni tapi tak reti nak buat n bungkus heheh
    Akk folo ya

    ReplyDelete
  6. Salam Kak CM... selalu bunga tu guna wat nasi kerabu kan? he he eh pernah tolong kawan buat nasi kerabu pakai bunga tapi lupa nama bunga.. rajin akak.. selalu pakai pewarna hijo jek.. he he eh

    ReplyDelete
  7. Salam kak CM, bestnye kuih lopes tu....tak pernah cuba buat lg, kat rumah banyak bunga telang tu, biasa sy buat nasi kerabu dengan agar2 je...boleh cuba ni kuih lopes...

    ReplyDelete
  8. Salam makcik...nak jugak! Terima kasih dengan entry yang best ni ye!

    ReplyDelete
  9. salam cm..lopez ni sedap tahu kalau makan masa hujan nsejuk ni..hulurlah sepinggan kat sini tu..

    ReplyDelete
  10. Wah, sedapnya kuih lopes ni! Minta sikit!

    ReplyDelete
  11. Salam makcik. Saya pun suka sangat kuih ni. Sedapnya! Terima kasih kerana sudi menyumbangkan entry ke MM sekali lagi.

    ReplyDelete