LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, December 2, 2010

Chicken Cakes With Mango And Avocado Salsa

Tadaaaa!!!! Cm nak tayangkan menu yang Cm ambik dari rumah Tummy:).Salam dan selamat sejahtera semua.Selepas makan roti canai untuk lunch tengahari tadi  rasa bersalah pada diri sendiri.Habis lah diet ku :( ...jadi nak tebus balik kesalahan dan "kekejaman" pada diri sendiri maka Cm masak menu diatas untuk makan malam kami .Kebetulan semua bahan -bahannya ada didalam peti sejuk.Terima kasih Tummy ...makcik nak join carbless diet sekali sekala boleh?hehe.mesti kurus gagal jika tak tahan godaan.

Bahan-bahan untuk Chicken Cakes:

250 gm  isi dari dada ayam.
250 gm  isi dari paha ayam.
1/2 cawan serbuk roti
1 biji telur di pukul sedikit
1/3 cawan keju parmesan diparut(cm beli yang dah siap parut)
1 biji lemon-parut kulitnya
1/2 biji lemon-perah jusnya
Garam dan lada sulah  secukup rasa.
Thyme-sedikit je(guna yang kering)

Cara-caranya:
  • Satukan semua bahan bahan diatas dan gaul hingga rata.
  • Bentukkan bulat-bulat sebanyak 8 ketul dan leperkan seperti membentuk daging burger.
  • Pan fry isi ayam tadi hingga perang.
  • Siap untuk dimakan bersama Salsa:)

Bahan-bahan untuk Salsa:
1 biji buah mangga yang masak dan isi yang agak pejal-potong dadu
1 biji buah avocado-potong dadu
Daun ketumbar secukupnya-cincang kasar
1/2 biji jus lemon
1/2 labu bawang besar-potong nipis
Garam dan lada sulah secukupnya.
Lettuce leaves secukupnya.
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali lettuce.Gaul hingga rata.Siap:)
Salsa Mangga dan buah Avocado ni sungguh enak sekali.Ada rasa masam(jus lemon)manis(buah mangga)lemak (buah avocado) bau daun ketumbar dan jika  sukakan pedas jangan lupa masukkan sedikit cili api.Pastinya Cm akan buat lagi salsa yang begini...yummy!

9 comments:

  1. You sangat cepat huh, ya, I agreed this recipe look simply delicious.

    ReplyDelete
  2. wonderful recipe .. looks so tempting:)

    ReplyDelete
  3. salam...
    oppssss...terbelit lidah ku
    nak sebut nama makanan ni..harapan
    sedap la ye? order satu..?he he

    ReplyDelete
  4. Wah baru nampak 3 hungry tummies put up the posting you already dah masak this dish. Very cepat :)

    ReplyDelete
  5. nak cube jugak lah ayam cis nih! selalu wat nugget bese2 jerk... maceh opah cayangg! ai lap u! mmuah mmuahh! nah! roti sebelah... sebelah lg darwish da geget! hehe

    ReplyDelete
  6. Uish, cepatnye menu ni terbang ke rumah akak! Hehehe, can I join U dear?

    ReplyDelete
  7. Mmmm...sedapny semua. Say suka salad itu. makan macam ini, tentu lah boleh kurus lah. Tapi mungkin cepat lapar...haha. Hope you have a lovely day. MaryMoh at http://www.keeplearningkeepsmiling.com

    ReplyDelete
  8. Salam makcik,,... haha peti ais makcik seperti supermarket semuanya ada :)

    ReplyDelete