LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, November 2, 2010

Matcha Swirl Bread

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sebelum Cm masuk ke kamar peraduan:) cm nak letakkan resepi Matcha Swirl Bread  yang baru dimasak sekejap tadi.Roti ni untuk  sarapan suami dan anak pagi besok.Sejak akhir-akhir ni kami selalu bersarapan dengan roti .Senang dan ringkas.Tak payah kelentang kelentang di dapur pagi pagi hari:)

 Resepi roti ni cm ambil kat blog Happy Home Baking  .ingin rmencuba roti matcha ni ..nak rasa kelainan.Jom kita lihat resepinya:)

250 gm  tepung roti.
25 gm gula halus
1/2 tsp garam.
1 tsp yis segera
145 gm susu segar.
1 biji telur
35 gm butter.

5 gm serbuk matcha
2 tsp air panas




Cara-caranya:)
  • Masukkan semua bahan-bahan diatas kadalam Mesin Roti kecuali butter,matcha dan 2 tsp air panas.
  • Bila adunan sudah sebati baru masukkan butter.Uli lagi hingga adunan betul betul sebati-kenyal.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk matcha(2 tsp matcha+2 tsp air panas).Uli hingga rata.
  • Biarkan hingga adunan kembang hingga dua kali ganda saiz asalnya.
  • Tumbuk buang anginnya  dan gelek adunan empat segi.
  • Letakkan adunan matcha keatas adunan yang plain.
  • Gulung kemas kemas.masukkan kedalam loyang.
  • Biarkan adunan naik sehingga double saiz asal atau hampir memenuhi 80 peratus loyang.
  • Bakar hingga masak.
Nota ;Untuk lebih terperinci sila ke blog Happy Home Baking. Terima kasih untuk Happy Home Baking kerana berkongsi resepi yang menarik ini.

7 comments:

  1. rajin cm meroti...nak 4 keping..hehe..lawo la marble nya tu..

    ReplyDelete
  2. sedap roti.pebret saya tuuu..izah nak 4,saya nak 6 keping.rajin tul cm membaking ya..

    ReplyDelete
  3. salam CM,
    nampak roti cantik begini, org yg tak minat makan roti pun terbuka selera...

    p/s- saya cuma makan roti yg sesuai utk diabetic diet sekarang.

    ReplyDelete
  4. salam cm..roti ada warna kehijaun..warna kesukaan makcik dan ramai lagi..hehe..esok mengundi kan digalas..rajin u membuat roti..kakyam tak akan terlintas nak buat roti..hhe..roti dikedai je le..

    ReplyDelete
  5. Your swirl look so good...cantik.Last week,I buat matcha and choc swirly bread..and my family makan macam tu saja without any butter or jam.I like these type of bread.

    ReplyDelete
  6. Salam cm...saya buat roti tak berapa nak menjadi sebab pakai manual.Teringin nak beli Bm.

    ReplyDelete
  7. kak..BM dah start keje balik tu..he..he...cantik roti akak..

    ReplyDelete