LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Monday, September 27, 2010

Kek Gula Hangus

Salam dan selamat pagi.Semoga anda semua sihat sihat selalu.Masih dalam mood raya?hehe masih lagi dalam bulan Syawal...rumah terbuka begitu rancak setiap hujung minggu.Uniknya Hari raya diMalaysia.Semua bangsa meraikannya.Malam ni ada satu lagi rumah terbuka yang sungguh menarik yang melambangkan Muhibbah Malaysia.Insyallah nanti cm buat N3 tentang open house tu ya...tunggu ya....

Semalam cm buatkan sebiji kek gula hangus untuk Along yang buat potluck kat university tempat beliau mengajar.Rakan-rakan tenaga pengajar bahagiannya yang anjurkan.Dah lama betul cm tak buat kek yang begini.Sedap....bukan masuk bakul angkat sendiri tapi memang yummy...dan kek yang paling senang nak di buat...Resepinya dari seorang kenalan lama cm Aunty Fatima Baputy dari Pj.Terima kasih Aunty Fatima:)

Bahan-bahannya:)

8 biji telur.
250 gm butter.
2 cawan tepung gandum
1 tsp penuh soda bikarbonat.
2 cawan air mendidih.
1 cawan gula halus
1 cawan gula pasir -untuk gula hangus
1 tsp esen vanila.
1 tin susu pekat manis(505 gm)

Cara-caranya:)
  •  Ayak tepung bersama baking soda ketepikan
  • Masukkan 1 cawan gula pasir dalam kuali dan goreng hingga jadi gula hangus.Kemudian masukkan air mendidih dan biarkan ianya sebati.Ketepikan.
  • Pukul butter dan gula halus hingga gebu
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang & masukkan susu pekat manis.
  • Kemudian masukkan esen vanilla dan tepung gandum ..selang seli dengan bancuhan gula hangus tadi
  •  Gaul hingga sekata dan masukkan dalam loyang bulat 9 inci x 3 inci...jangan lupa sapukan butter pada loyang  dan alas dengan kertas minyak. Jangan risau adunan ni muat-muat hampir penuh dan tidak akan melimpah keluar semasa membakarnya nanti ..Insyallah.bakar hingga masak.
  • Hasilnya sebiji kek yang agak besar.Kepada mereka yang mempunyai  "tukang makan"yang tak ramai bolehlah cuba 1/2 resepinya dulu.Selamat mencuba!!!!

17 comments:

  1. salam kak cm
    wah cantiknye sarang2 tu.. ni kalu cik mut jumpa mau dia tinggal lebih laaa mcm hotel 5 bintang katannya.. ilah tak pernah menjadi buat kek ni..

    ReplyDelete
  2. wahh bagos nih xde kene perap2 sampai berjam2.. lobang pong jd tuh! mintak sket kak.. cucu opah nak makan nih! erk...cucu ker mak dier? kekekeke

    ReplyDelete
  3. Salam makcik.. nak mintak sekeping buat coffee break saya.
    kesian pakcik...semoga akan cepat sembuh!

    ReplyDelete
  4. cantekla kak cm lobang2 die..memang menawan kalbu tol kek ni..leh mintak cikit,hehehhehehe....

    ReplyDelete
  5. ini salah satu kek favorite sy masa kecik, kek sarang semut, memg sedap tak jemu dipandang rasa pun tak menjemukan :)

    ReplyDelete
  6. salam makcik,
    my peberettttt kek tu, hehehheh

    ReplyDelete
  7. salam cm..cantik n sudah tentu lazat cake you ni. yang susahnya buat kek gula hangus in nak dapat lubang2 cantik macam you buat tu.

    ReplyDelete
  8. Ilahjy..hotel lima bintang?hehe..cuba Ilah buat resepi yg ni.Guna separuh resepinya.Insyallah.jadi

    ReplyDelete
  9. Hana..eh sonang je.Tak perlu perap-perap.Cubalah buat hana..hehe Darwish lom pandai makan kek kan?omaknya tu hihi

    ReplyDelete
  10. My dear Tummy..sori dah habis dah hehe.
    Terima kasih:)

    ReplyDelete
  11. mimiey dear..terima kasih kerana sudi singgah keteratak cm ni:)

    ReplyDelete
  12. mak Su..btol tu kek ni tak muak dimakan.

    ReplyDelete
  13. zam..bila balik msia nanti makcik buatkan kek ni untuk zam ya hehe

    ReplyDelete
  14. en-me..hehe ..masih di melben kerr?

    ReplyDelete
  15. kakyam..wsalama..cubalah resepi ni insyallah jadi:)

    ReplyDelete
  16. salam..nak cuba buat lah ikut resepi nie,izinkan ye

    ReplyDelete