LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, August 27, 2010

Biskut Coklat Badam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Alhamdulillah sudah berbuka tadi dengan anak-anak.Jarang kami dapat berbuka bersama kerana anak-anak sibuk dengan kerja masing-masing.Angah sentiasa sibuk dan tak sempat berbuka dirumah .Along tinggal dirumahnya berhampiran dengan universiti tempatnya mengajar ...petang jumaat je baru dapat balik...seronok dapat berbuka ramai-ramai ni..makanan pun rasa lebih enak jika dapat makan "berebut-rebut"hehe... .Menu kami hari ni ...ikan panggang & sos kicap pedas (tak pedas pun ),ayam goreng(untuk si kecik),kari udang ,sayur dan buah-buahan.

Hari ni kami tak berterawih kerana suami tak berapa sihat.....jadi sempatlah cm masukkan n3 untuk hari ni:)
hehe ambil kesempatan.Tiap-tiap kali raya cm akan buat biskut kegemaran anak-anak.  ( sebenarnya kami lebih suka kuih tradisi seperti kuih siput,kuih loyang,tempeyek dan maruku ) Selalunya biskut yang berasakan coklat dan badam menjadi pilihan .Resepi Biskut Coklat Badam ni cm dapat dari Puan Norfadhillah Neo rakan baik cm.Mari kita lihat camana nak buatnya:)

Bahan-bahannya:)
300 gm tepung naik sendiri.*
250 gm butter.
250 gm coklat masakan.
190 gm gula halus
1 biji telur.
200 gm tepung jagung.*
2 tbsp serbuk koko.*
200 gm badam flakes
1 tsp  essen vanilla
***Ayak semua bahan-bahan yang bertanda bintang.

Cara-caranya:
  • Pukul gula dan butter& esen vanilla hingga kembang
  • Masukkan telur,coklat(cairkan) dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  • Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaul& uli hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan badam dan uli lagi hingga sekata.
  • Masukkan adunan kedalam plastik dan bentukkan empat segi memanjang seperti foto dibawah ni.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • Keluarkan dan potong mengikut ketebalan yang dikehendaki.
  • Bakar hingga masak.....Selamat mencuba:)
Pastikan ada sedikit ruang semasa membakarnya agar biskut tidak melekat antara satu sama lain.Biskut yang mengandungi tepung naik sendiri akan mengembang semasa dibakar .Gunakan pisau yang betul-betul tajam untuk memotong agar biskut kelihatan rapi...pisau  cm ni kurang tajam:(.

19 comments:

  1. salam makcik,
    pertamanya saya gembira mendengar kisah makcik berbuka puasa ramai2, saya puji dengan amallan sedemikian, bagus dan benar kate makcik,,,,selara akan bertambah dan makanan boleh jadi bertambah enak.
    Keduanya, saya dapat bayangkan suasana keindahan Ramadhan di Malaysia sudah kian berputik bunga, ramai nampak gayanya sudah mebuat persiapan di hari kemenangan nan indah InsyaAllah, aktiviti membuat kuih raya adalah antara pengisian aktiviti pada masa kini.
    Tahniah makcik, semoga sentiasa gembira...
    raya nanti ingat-ingat kat yang duk jauh ni ye.....InsyaAllah takdir saya masih di bumi orang utk Eidul Fitr tahun ini,

    ReplyDelete
  2. salam cm dah buat biskut for raya.... saya punya ada yg hampir rentung huhuhu...

    ReplyDelete
  3. kita pun ada resepi ni..suker buat sebab senang..dulu buat untuk jualan..skrg dah tak larat..makan untuk anak beranak ajer

    ReplyDelete
  4. suker biskut ni...sblm ni ada dpt resipi tuk biskut ni tp bila buat tak sesedap yg pernah sy makan sebelumnya.izinkan sy salin resipinya ye cm.nnt2 kot2la ada kelapangan nak try buat.lepas2 raya pun boleh aje heheheee thanks cm.

    ReplyDelete
  5. Salam CM,

    wah!! dah menanbah kuih raya nampak.Apa kuih2 ni dapat bertahan hingga raya?atau CM kena buat for the second round? maklumlah sedappp

    ReplyDelete
  6. Salam cm...Memang kalau dah dapat berkumpul dengan anak2 rasa dunia kita yang punya seronok sesangat,makanan semuanya jadi sedap lepas tu tak habis2 pot pet pot pet....

    ReplyDelete
  7. Salam makcik.. suka sangat dengan biskut ni :) Semoga pakcik cepat sembuh!

    ReplyDelete
  8. salam zam..sori lambat reply..teramatlah sibuk..rasa cam tak cukup masa.Banyak benda nak buat tapi tenaga pun terhad.

    Terima kasih zam..semoga zam sihat dirantau orang..kesihatan amat penting tambahan jika kita merantau.Oh ya makcik sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berhari raya.jika pulang ke malaysia jangan lupa ziarah makcik di putrajaya ya:)

    ReplyDelete
  9. hamsini..hehe hari ini biskut makcik hampir terbakar sebab terlalu leka dgb kerja sampingan..baca paper sambik masak kuih:)

    ReplyDelete
  10. salam ina kl..oo pernag berniaga ya..seronokkan terutama bila dekat nak raya ni permintaan biskut camni mm tinggi :)

    ReplyDelete
  11. Fiza..buatlah insyallah resepi ni mmg menjadi kegemaran anak-anak..ada coklat dan ada badam.

    ReplyDelete
  12. Yan..hmmm dah nak habis la..jadi moreh:)

    ReplyDelete
  13. Zai..wah seronok tak terkira tambahan jika lama tak jumpa..pastinya rumah zai meriah sekarang ni.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak, badam dlm english almond ke? saya teringin nak buat ni utk raya :)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum cik manggis, I made this with self raising flour and it doubled in size and kind of looked horrible lol. did you use self raising or normal?

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..mohon syer resepi di blog saya yea,..tq..

    ReplyDelete