LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 24, 2010

Yee Mee Goreng

Salam dan selamat pagi.Pagi yang amat terang....semoga panas sampai ke petang.Ibu-ibu paling gembira sebab kain jemuran akan kering:).Pagi ni kami bersarapan dengan Yee Mee Goreng atau  kami paggil Mee Rubber Band sebab rupanya betul-betul seperti rubber band :).Anak-anak memang suka mee jenis ni tetapi selalunya cm masak ala-ala sizzling mee .Ini merupakan kali pertama di  goreng selepas nampak kat blog 3 Hungry Tummies.Untuk dapatkan resepi ori  sila click DISINI.

Resepi cm resepi biasa-biasa saja.Cm gunakan udang dan sotong.jom lihat bahan-bahannya:)

Bahan-bahannya:
1 paket yee mee-rendam dgn air panas hingga kembang.Toskan.
4 ulas bawang putih-tumbuk/ketuk
 4 biji cili kering-potong 3.
 2 biji cili masak -potong bulat.
4 ekor sotong-potong kecik.
10 ekor udang.
3 pokok sawi
1 cawan taugeh
2 tbsp kicap pekat.
2 tbsp sos cili
1 tbsp tepung jagung-bancuh dgn sedikit air.
2 tbsp sos tiram
1 tsp lada putih.
Garam secukup rasa.
gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
  • Panaskan minyak.Tumiskan bawang putih.
  • Masukkan udang dan sotong.Gaul rata.
  • Kemudian masukkan cili keing,cili masak,garam,gula,sos tiram,kicap dan sos cili.
  • Masukkan Sawi dan Yee Mee.Gaul hingga rata baru masukkan taugeh.Letakkan sedikit air dan kacau hingga mesra.
  • Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.Biarkan diatas api sekejap sementara digaul-gaulkan hingga sekata.
  • Hidang bersama cili jeruk:)
Cara-cara nak makan mee ni ----kutip buang segala cili yang ada..kemudian.....

Buang segala sayur....itu lah cara anak bongsu cm makan mee goreng:)

17 comments:

  1. salam CM..
    samalah anak2 sy..makan mee dgn daging sahaja...sayur, udang, sotong, ayam..semua tolak..
    hubby lg best..mee hoon grg telur semata..jgnlah ltak syur atau ape2 seafoos..mmg x dimakannnya.
    nak cuba masak mee rubber band nielah plak.

    ReplyDelete
  2. salam..
    asal masuk blog ni
    rasa lapor je..nape erk?
    hu hu..

    ReplyDelete
  3. salam mak cik,
    aaa... kapan-kapan aku mau coba yee mee goreng ni.
    aku pun suka buang segala sayur, tapi tak buang segala cili.hahaha

    ReplyDelete
  4. happy birthday makcik na.moga sentiasa hepi disamping famii tercinta =)

    ReplyDelete
  5. cara anak cm makan mee sebijik mcm anak saya makan mee atau apa2 saja masakan yg bsayur. kdg2 geram dibuatnya...

    ermmm... laparlah pulak!

    ReplyDelete
  6. wsalam Chemp..anak-anak cm masa kecik mmg tak mahu makan sayur bila besar baru makan sb dah tahu baik untuk kesihatan:)

    eh jimat tu chemp jika bubuh telur je hehe.

    ReplyDelete
  7. Wsalam Zul..hehe nak pelawa pun masak sebungkus je hari ni:)

    ReplyDelete
  8. wsalam deetha..hehe cili jangan dibuang ya:)udang,sotong kasi sama makcik manggis ya:)

    ReplyDelete
  9. salam pie..semua sayur atau bawang mereka buang.susah betul nak ajar dorang makan sayur:(

    ReplyDelete
  10. Mmm, sedapnya sarapan ni! Anak bongsu saya pun macam tu, nampak sikit je warna hijau kat pingan terus "reject". But just keep trying kan? :)

    ReplyDelete
  11. salam cikmanggis..tgk mee ni dh terliur tambah lak cili jeruk tuh..mmg terangkat makan! kita nih mmg giler cili jeruk..hehe! anyway..hrp tak terlambat utk kita ucapkan hepi belated besday wat cikmanggis..moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik dan dirahmati olehNya selalu..aminn!

    ReplyDelete
  12. Hi Shaz..memang kanak-kanak sukar untuk makan sayur tapi jangan putus asa:)

    ReplyDelete
  13. Salam Inahar..mmg sedap cili jeruk ni,ranggup sanagat.beli yg dah siap dalam botol.

    Terima kasih:)Amin.

    ReplyDelete
  14. salam kak nak kena carik yee mee jugak ler terliur tgk mee akak.pressure cooker tu nnti sy surver reganya dulu ye kak

    ReplyDelete
  15. wsalam chik mimi..hehe mee ni senang nak cari..tapin pressure cooker tu susah sikit sb nak yang elok dan murah hihi

    ReplyDelete
  16. saya nie memang suka masak2 untuk anak-anak aje....nak try yee mee nie nampak macam sedap aje...tukar selera ....asyik2 mee mamak aje.

    ReplyDelete