LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, June 22, 2010

Papaya salad With Grilled Prawns.

Salam dan selamat  tengahari.Semalam apabila melihat Somtam kat blog tummy teringin sangat nak makan  tetapi masalah nya agak sukar untuk dapatkan betik muda.jiran sebelah ni ada pokok betik dan buahnya dibiarkan gugur je tapi cm malu nak minta...malu sangat sangat sebab tak biasa dengannya.Jadi semasa ke pasar boy yang jual buah tu bagi sebiji buah betik yang hampir masak.tak apa boleh cuba dan hasilnya seperti gambar diatas.Jika buat dengan terburu-buru pastinya ada bahan yang tercicir iaitu kacang panjang.Tak apalah sebab tidak menjejaskan rasanya.Sedap dan mantap!

Bahan-bahannya:
1 biji buah betik muda-sagat halus lebih kurang 2 1/2 cawan.
10-12 ekor udang segar-panggang
6 biji kacang panjang
1 1/2 biji buah tomato.
6-7 biji cili api-ikut selera masing2 jika suka pedas boleh tambah lagi.
5 ulas bawang putih.
2 tbsp gula melaka.
2-3 tbsp nampla
1/2 biji limau kasturi ambil jusnya.
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah panggang dan tumbuk kasar.

Cara-caranya:
  • Tumbuk cili api,bawang putih ,udang kering dan gula merah.
  • Masukkan parutan betik kedalam lesung dan ketuk  perlahan-lahan dengan alu dan kacau rata .
  • Masukkan kacang panjang,buah tomato yang dipotong, nampla,jus limau dan kacang tanah.Gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan udang panggang.Siap:)
Terima kasih Tummy:) walau pun masak dalam terburu-buru tapi rasanya masih lagi sedap.

8 comments:

  1. Woo hoo makcik dapat betik muda! Tanya sajalah kat jiran tu :)

    ReplyDelete
  2. ummmmm,,,,,,, nampak menyelerakan, sedap!

    ReplyDelete
  3. Hi Tummy..akhirnya dapat betik hampir masak bukan muda:)pokok betik jiran u betul-betul tepi bilik komputer makcik hehe jika ada galah boleh jolokkan :)

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    huwaaaaa tulun jolokkan betik itew utk kiter! nah! amik galah nih! wat muker tk mlu g mintakkan! :D

    ReplyDelete
  5. salam hana..hehe Tummy suruh mintak je tapi mahu tapi malu gitew hihi

    ReplyDelete
  6. waduh cikmanggis..mmg kita suker banget makan kerabu terutamanye kerabu betik & kerabu mangga..sedap woo!! terus teringat2 lak kerabu mangga kt johnny's..hehe!!

    ReplyDelete
  7. salam inahar..ya lah dah lama tak makan kat Johnny's wangsa maju tu..

    ReplyDelete