LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Wednesday, May 12, 2010

Sambal ikan kembung

Salam dan selamat petang. Jika rasa mood tak berapa baik malas nak fikir menu yang susah-susah dan banyak menggunakan bahan-bahan..... cm akan masak yang paling simple , ikan sambal.Jika masak sambal cm guna banyak bawang dan tak suka bubuh bawang putih.Pastikan sambal betul-betul masak baru sedap . Jom kita masak sambal ikan hari ini:) Bahan-bahannya: 3 ekor ikan kembung-dikelar rapat-rapat dan di perap bersama garam dan serbuk kunyit. 15 ulas bawang merah(kecil) 1/2 labu bawang besar 5 tangkai cili kering-gunting kecil dan rebus selama beberapa minit.Jika suka pedas boleh tambah dengan cili padi. 1 inci belacan 1 keping asam gelugur garam gula 1 labu bawang besar di potong bulat Cara-caranya:)
  • Ikan di goreng hingga garing dan ketepikan.
  • Blend cili kering,bawang merah, 1/2 labu bawang besar dan belacan hingga hancur
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di blend tadi hingga betul-betul masak.
  • Masukkan garam,gula dan asam keping dan gaul hingga sebati.
  • masukkan ikan goreng kedalam sambal dan balik-balikkan agar ianya melekat di seluruh bada ikan .Lepas itu baru masukkan bawang besar yang dipotong bulat ,masak beberapa minit.Siap.

10 comments:

  1. salam cm

    makan pepagi dgn nasi sejuk sedapnyeeeeeee..kesah lame ni.

    ReplyDelete
  2. salam cm..cucu suka ikan sambal..jadi kak yam tak boleh buat pedas, jadi bila makan patah2kan cili padi..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam makcik...dah lama tidak mengunjung rumah makcik kerana internet connection tu perlahan sekali. Ikan ni nampak sedap sekali, dah lama tidak masak makanan Melayu. Sudah masa untuk Malaysian week lagi!

    ReplyDelete
  4. inilah lauk kite pun semalam cm...mmg bingung tak tau nak masak ape...goreng 4 ekor ikan.2 ekor buat sambal dan 2 ekor lagi tu biarkan gitu je...tapi yg en hb dan anak2 rebutkan ikan sambal tu.yg si bapak ni terpaksalah beralah, bg ikan yg dah bersambal tu pada anak2 dan dia pula,ambil ikan yg goreng tu dan golek2kan dalam lebihan sambal. sampai kikis sambal dalam piring sambil kate, "erh, sedap pulak sambal ikan mama hari ni..." saya plak jawab, "erh, selama ni sambal ikan mama tak sedap ke???" haishhh!!!

    ReplyDelete
  5. salam ijad..terima kasih kerana sudi singgah

    ReplyDelete
  6. salam datin..hehe cam tahu je datin ni kihkih

    ReplyDelete
  7. salam kak yam..cm pun camtu jugak..tak boleh masak pedas sebab ramai yg tak makan pedas kat rumah ni:)

    ReplyDelete
  8. Hi Tummy..oh begitu ke?di Putrajaya ni tak ada masalah tentang internet slow..maaf lah makcik pun tak sempat nak tinggal jejak kat blog Tummy ..anak lelaki cm demam dan tidak kesekolah.Risau betul:(

    ReplyDelete
  9. Salam fiza..biasalah tu fiza..ibu bapa selalu berkorban demi anak-anak kan..sayang kita pada mereka akan buat apa saja...dari perkara kecil hingga yang besar demi anak anak.

    ReplyDelete