LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Friday, May 7, 2010

keropok lekor sira

Selamat pagi.Selepas dapat tidur yang cukup rasa lebih sihat dan segar.Dalam kepala ni macam-macam nak buat.Nak masak itu,nak masak ini.Nak berkebun lah dan semuanya nak buat sampai kena tegur kat big boss...hehe Okay ni resepi semalam.Bila baca majalah saji bulan ni dan nampak gambar keropok lekor tumis trengganu meleleh air liur .Kebetulan dalam peti ais ada sebatang keropok lekor so terhasil lah keropok lekor sira ni:) Bahan-bahannya: 1 batang keropok lekor-kukus sekejap dan potong nipis 5 biji cili keing 1/2 ketul gula melaka 2 tbsp gula pasir. sedilit garam sedikit cuka sedikit bijan. Cara-caranya: Blend cili kering dgn 2 cawan air hingga hancur.Masak dengan gula merah dan gula pasir serta garam hingga likat.Masukkan cuka.Seimbangkan rasa manis dan masamnya.Masukkan keropok lekor dan masak hingga kental.Tabur dengan sedikit bijan.(rasanya jika keropok lekor ni digoreng terlebih dahulu lagi sedap)

4 comments:

  1. akakkk tulunnn.. dah meleleh air liuq kiterr... malas tul la nk siang ikan! tp nk makan pulak! huhuuuu

    ReplyDelete
  2. salam hana..selamat hari ibu buat hana yang comel molek nih hehe..eh hana sira kopok kering tu pun sedap.

    ReplyDelete
  3. salam cm..keropok lekor sira..tak pernah lagi makan kalau keropok goreng sira biasalah makan..eh satu resepi baru ni..tq cm..kak yam nak cuba juga..selamat hari ibu dari kakyam.

    ReplyDelete
  4. salam kak yam..kakyam goreng sekejap baru sira.Tadi cm tak goreng.Terima kasih kakyam:)

    ReplyDelete