LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, May 30, 2010

Dadar Lapis Ala Lasagna

Tutup inti dengan 3 keping dadar..Letak satu keping ditengah-tengahnya.Potong yang 2 keping lagi tu menjadi 4 keping.Tutup kesemua permukaannya. Salam dan selamat sejahtera semua.Lasagna adalah makanan kegemaran anak lelaki ku.Selepas solat maghrib sikecik ni minta dibuatkan lasagna untuk makan malam.... tapi bahan-bahan tak cukup ,hanya ada cheesedale ,daging ayam kisar dan 1/2 botol kecil sos pasta prego.Teringat pada ibu Stephy yang mengajar cm buat lasagna dengan menggunakan pancakes .Katanya ianya lebih sedap daripada menggunakan lasagna noodles. Trial and error ni.Untung batu tenggelam,untung sabut timbul dan untung Lasagna dapatlah makan hehe...dan hasilnya memang untung berbaloi-baloi.Alhamdulillah kenyang.Anak lelaki cm cakap ..mama sedap giler..... Jom kita masak lasagna Malaysia............... Bahan-bahannya: 300 gm daging cincang(kita guna daging ayam kisar) 1/2 botol kecil sos pasta prego perisa cendawan 1 labu bawang besar-cincang. 2 ulas bawang putih -cincang. keju parut secukupnya(kita guna cheese keping) 1 biji buah tomato-dadu sos tomato serbuk oregano garam gula 9 keping dadar(tak tau nak panggil apa) cara-caranya:
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu.Masukkan daging ayam kisar.Gaul rata baru masukkan sos pasta dan buah tomato .Kemudian masukkan garam,gula,serbuk oregano dan masak hingga airnya agak kering.
  • Sapukan sedikit minyak zaitun pada loyang dan aturkan dadar tadi hingga menutupi permukaan loyang ...lebih kurang 3 keping seperti dalam gambar diatas.
  • Kemudian masukkan daging kisar tadi beberapa sudu-agak-agak rata pada permukaan dadar.Taburkan cheese jika guna mozarella tapi kita guna cheese keping.
  • Lepas tu tutup dengan dadar sekali lagi dan ulangi proses yang sama hingga habis intinya.Akhir sekali taburkan parutan cheese.Bakar hingga masak.

16 comments:

  1. wow...mabeles nampak....salam ziarah dari melaka....

    ReplyDelete
  2. salam cm..
    dadar tuh beli atau wat sdr?
    if ready made, brand ape yer?anak chemp punya paberet..nak wat x reti..slalu g makan kat pizza hut jer..dpt resepi yg simple nieh....blh lah cuba...

    ReplyDelete
  3. salam cm,
    errr... kalau diabetic, mkn sikit2 w/pun smpai abis 1 loyang, ok kut?

    ReplyDelete
  4. CMMMMM....lasagna lapis ishhhh sedappppp..ada lagik ker, mamalam nih kita nyibuk menginggah ni ;)

    ReplyDelete
  5. Kak Yah..hihihih dah tau dah nama akak....
    dadar tu beli dah siap ker.kita selalu terliur tengok kwn2 buat tapi tak pernah jumpa lagsana tu..sampai hari nie terbabtut ajer..pernah nak cuba guna jenama kawan tapi boleh ker...

    ReplyDelete
  6. kakak manisss...mintak lasagna skettt! kiter dh wat ikan stim tummy tuH! akak dah wat lom??

    ReplyDelete
  7. Salam makcik...kreatif sangat ni :) Dah sembuh ke?

    ReplyDelete
  8. salam cm..satu resepi yg mudah,bolehlah kak yam cuba..tapi pancakes tu buat sendiri ke..ajarlah..hehe..sedap betul nampak terliur kakyam..

    ReplyDelete
  9. salam lendanuar..selamat datang dan terima kasih sebab sudi singgak..datang lagi ya:)

    ReplyDelete
  10. salam chemp...dadar tu buat sendiri,akak tak letak resepinya sebab main agak-agak je.Insyallah nanti akak sukat betul-betul dan letakkan resepinya:).Buat la Chemp..senang:)

    ReplyDelete
  11. salam Piewahid..hehe ok kot umpama orang hisap rokok..jangan hisap banyak..hisap sebatang-sebatang sampai habis 2 kotak kihkih

    ReplyDelete
  12. salam kakasma..dadar buat sendiri..cam nak buat kuih dadar tu tapi jangan bubuh pewarna.Hehe akak bukan nama kak yah

    ReplyDelete
  13. salam yat..hehe ada seketoi je tu pun dah sejuk:)

    ReplyDelete
  14. salam hana..wah dah buat ikan Stim tummy ya..sedap kan..cm dah buat tapi tak sempat ambik gambar dah kena serbu hehe

    ReplyDelete
  15. selamat sejahtera Tummy..terima kasih .Alhamdulillah dah sihat:)mmmmkoi

    ReplyDelete
  16. salam kakyam..dadar tu buat sendiri.cm tak letak resepi sebab main agak agak je.Insyallah bila dah sukat betul-betul nanti kita letakkan resepi yang tepat.

    ReplyDelete