LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 8, 2010

Pulut Manis

Bahan-bahannya: 1 cawan beras pulut-rendam 3 jam 1/2 cawan santan cair 250 gm gula melaka 1 cawan santan pekat sedikit garam 2 helai daun pandan Cara-caranya:
  • Kukus pulut dengan santan cair hingga masak dan ketepikan.
  • Masukkan santan,gula melaka,sedikit garam dan daun pandan kedalam kuali.
  • Masak hingga gula melaka hancur.
  • kecilkan api dan masak lagi hingga santan dan gula melaka tadi pekat.
  • Kemudian masukkan pulut dan kacau atas api yang perlahan sehingga betul-betul sebati.
  • Tuangkan pulut kedalam dulang dan tekan sehingga padat.
  • Sejukkan dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.

13 comments:

  1. oh how i love puluuuutttttt!!! cikmanggis..resepi nih leh x wat pulut manis kaler camni gak tp diorang kepal bulat2 and then salut kelapa kt luar?? perghh sodapnye wehh!!

    ReplyDelete
  2. salam cm..lamanya tak makan pulut manis ni ..memang kegemaran kak yam ..nampaknya kena sound kat sil , bila sound je mesti boleh makan heheheh..

    ReplyDelete
  3. slm.
    sdpnya kuih muih tradisonal ni...:)

    ReplyDelete
  4. salam inahar..oh tu pulut pagi gaul kelapa..selalunya kita tanak je pulut dan gula melaka.tak payah bubuh santan.

    ReplyDelete
  5. salam kak yam..wah bestnya!!kita pun jika dapat sound cam kak yam tu...best jugak:)mesti kakyam ni disayangi oleh sil ...

    ReplyDelete
  6. salam en piewahid..terima kasih kerana sudi singgah..selalu terserempak je kat rumah mohdandmeriam:)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. salam cik manggis,
    bru sempat jenjalan ni. ada pulut...cantiknya pulut kak. nampak biji2 dia. saya punya aritu lembik... nak salin resipi ya kak.. :)

    ReplyDelete
  9. salam pagi jumaat CM..ada lag tak pulut tu..hehe...

    ReplyDelete
  10. Dah lama saya mencari pulut manis ni,masa mak ada dia selalu masak ...sedap sangat.

    ReplyDelete
  11. salam indah..agaknya terlebih santan kot..cuba try resepi ni pulak,insyallah menjadi.

    ReplyDelete
  12. salam tun,cuba la buat Tun,secawan je tapi puas makan:)

    ReplyDelete